Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Malaysia Tersasar Emas Pertama...

KUALA LUMPUR - Hasrat Malaysia untuk mengutip emas pertama dalam acara boling padang...

Anwar Dan Juak-Juak Ke...

KUALA LUMPUR - Seperti biasa Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri...

Terangsang Tonton Video, Murid...

BATU GAJAH - Akibat terpengaruh dengan video yang dilihat melalui telefon bimbit, seorang...

Azalina: Kabinet Tak Ada...

Kabinet tidak mempunyai kuasa menghalang rang undang-undang yang bertujuan menyekat ahli parlimen daripada...

Penganggur Pecahkan TV Jiran Didenda RM3,000

PETALING JAYA – Seorang penganggur yang membaling kerusi ke arah televisyen jirannya sehingga rosak, didenda RM3,000 atau penjara sembilan bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Majistret Datin Fadzlin Suraya Mohd Suah menjatuhkan hukuman itu terhadap Norhisyam Mat Zelan, 31, selepas dia mengaku bersalah melakukan perbuatan khianat dan menyebabkan kerosakan pada televisyen jirannya, Mohd Haafizhal Shafii, 33, di No 35, Jalan 15, Taman Dato Haron, di sini pada 4 petang, 25 Dis tahun lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya.

Timbalan Pendakwa Raya Saphirra Selamat memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal sebagai pengajaran, bagaimanapun tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan atas alasan dia penanggung utama keluarga dan menyara tiga orang anak yang masih kecil.


Mengikut fakta kes, pada hari kejadian pengadu telah melihat tertuduh dalam keadaan tidak stabil sedang memecahkan pintu dan cermin rumah sewanya.

Pengadu kemudiannya menjemput tertuduh masuk ke rumahnya untuk menenangkan tertuduh namun dia secara tiba-tiba bertindak lebih agresif dan membuka langkah silat lalu mengambil kerusi dan membalingnya ke arah televisyen milik pengadu. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori