Saturday, November 16, 2024

Creating liberating content

Polis Tahan 3 Lelaki...

LAHAD DATU - Polis menahan tiga lelaki warga Filipina dan merampas 109.32 gram...

Ku Nan Cuti Sakit,...

KUALA LUMPUR - Prosiding membela diri Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor terhadap...

Pengarah Di KPM Hilang,...

PENGARAH Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Zaidi Yazid dilaporkan hilang...

Sultan Johor Masak Bubur...

DYMM Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar bertitah, Baginda akan memasak...

Pengganti Sudah Dikenal Pasti – Ketua Hakim Negara

PUTRAJAYA – Ketua Hakim Negara, Tan Sri Arifin Zakaria berkata calon penggantinya telah dikenal pasti oleh Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC) apabila beliau bersara selepas Mac ini.

Katanya JAC telah memutuskan calon penggantinya dan pengumuman berkenaan akan dibuat pada masa yang sesuai.

“Saya tidak boleh mengumumkan siapa yang akan menggantikan saya kerana ia adalah pelanggaran kerahsiaan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis perasmian Tahun Undang-Undang 2017 di sini hari ini.

Bagaimanapun, beliau tidak mengulas lanjut mengenai jumlah calon yang dicadangkan untuk jawatan tersebut.

Arifin dilantik ke jawatan itu pada 12 Sept 2011. Selepas mencapai usia persaraan wajib 66 tahun pada tahun lepas, tempoh perkhidmatannya disambung enam bulan lagi dari 1 Okt tahun lepas hingga 30 Mac ini.

Dalam perkembangan lain, beliau menyarankan kepada kerajaan supaya menambah lebih ramai pegawai penyiasat (IO) dan ahli kimia khususnya di Selangor bagi mempercepatkan perbicaraan kes pembunuhan.

Menurutnya, masalah kekurangan tenaga pakar ini akan hanya melengahkan proses perbicaraan kerana mereka ini terbabit dalam kes-kes di samping perlu menghadiri perbicaraan.


“IO dan ahli kimia ini masing-masing sepatutnya menyiasat kes-kes dan menganalisis sampel dan di samping itu perlu hadiri di tiga mahkamah dalam sehari. Ini melambatkan proses perbicaraan kes bunuh,” katanya ketika diminta mengulas mengenai cara-cara untuk mempercepatkan proses penyelesaian kes.

Arifin juga meminta Majlis Peguam menangani masalah kekurangan peguam yang mengendalikan kes-kes jenayah.

“Tertuduh dalam kes jenayah mahu khidmat peguam tertentu sahaja. Majlis Peguam perlu mencari jalan untuk menambah lagi peguam berkaitan dalam hal-ehwal jenayah bagi mengatasi masalah ketandusan peguam dalam bidang jenayah.

“Kami faham bahawa lebih ramai peguam memilih untuk memberi khidmat guaman dalam bidang sivil kerana bayaran untuk mengendalikan kes-kes jenayah tidak begitu menarik,” katanya.

Istiadat perasmian dimulakan dengan perarakan oleh hakim-hakim iaitu sebahagian tradisi tahunan dan simbolik kepada bermulanya tahun undang-undang 2017 di negara ini. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • Hakim

Kategori