Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Himpunan Selamatkan Malaysia: 11...

KUALA LUMPUR – Polis selesai merakamkan keterangan 11 individu daripada 25 yang dikenal...

Kes Covid-19 Kembali Dua...

KUALA LUMPUR - Kes Covid-19 kembali turun dua angka apabila mencatatkan 24 kes...

Video: Baling Gas Pemedih...

KALAU di Parlimen termasuk Malaysia, adalah sesuatu yang biasa apabila melihat pihak kerajaan...

145 Remaja Terlibat Aktiviti...

MACHANG - Seramai 145 remaja bawah umur terbabit dengan aktiviti penyalahgunaan dadah di...

Pengusaha Nikmati Faedah Selepas Kelapa Jadi Komoditi

HULU TERENGGANU – Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi berkata langkah menyenaraikan kelapa sebagai komoditi negara selepas Lembaga Koko Malaysia (LKM) distruktur semula sebagai Perbadanan Koko dan Kelapa Malaysia memberi faedah kepada pengusaha tanaman itu.

Timbalan Menterinya, Datuk Datu Nasrun Datu Mansur berkata langkah itu sangat tepat pada waktunya memandangkan harga kelapa sejak akhir-akhir ini semakin tinggi dan produk hiliran seperti minyak kelapa dara turut mendapat permintaan yang luas dari seluruh dunia.

“Apabila kelapa dijadikan komoditi, ia akan mendapat banyak peruntukan dan program yang membantu pengusahanya sama seperti komoditi lain seperti sawit dan koko.

“Antara peruntukan dan insentif yang akan diberi kepada pengusaha tanaman kelapa ialah penanaman semula dan bantuan lain seperti baja,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis penyerahan bantuan banjir kepada 50 pekebun kecil getah di Kampung Tok Lawit di sini hari ini.

Semalam, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata rundingan dengan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Mah Siew Keong telah dibuat supaya memasukkan kelapa sebagai komoditi dan tanaman pertanian di dalam Akta Perbadanan Koko Malaysia 1998.

Langkah itu bertujuan untuk meningkatkan pengeluaran kelapa di negara ini memandangkan harga kelapa lebih mahal berbanding kelapa sawit dan jumlah pendapatan setiap hektar adalah lebih tinggi daripada komoditi lain ketika ini.


Mengulas lanjut, Datu Nasrun berkata secara tidak langsung peruntukan yang diberi akan menarik lebih ramai pengusaha tanaman kelapa agar lebih serius untuk menjadikan pengeluaran mereka lebih produktif.

“Kelapa banyak jenis, ada yang khusus untuk dijadikan air minuman, santan dan minyak kelapa dara yang telah diakui oleh ramai pakar kesihatan dunia kerana banyak khasiatnya untuk manusia.

“Saya lihat penanaman kelapa ini mempunyai potensi yang besar untuk diceburi dan pasaran luas untuk kelapa ini perlu diambil peluang oleh mereka yang berminat,” katanya yang masih menunggu perincian maklumat mengenai pengusaha kelapa yang aktif di seluruh negara. – BERNAMA

Kategori