Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Pameran Tanjak Terbesar Di...

KUALA LUMPUR - Replika tanjak Pahang 'Lang Menyongsong Angin' hiasan kepala yang digunakan...

Jejambat Runtuh Dilanggar Lori...

KUALA LUMPUR - Jejambat projek Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) di Desa...

Nabila Huda Janji Tak...

KEBIASAANNYA selepas memenangi anugerah, kebanyakan selebriti akan mula menaikkan nilai harga mereka sejajar...

Kes Culik Remaja Perempuan,...

PANIK, takut dan bimbang. Itu antara perasaan ahli keluarga apabila mengetahui anak perempuan...

Peniaga Jual Jersi Tiruan Kelantan Berdepan Tindakan

KOTA BHARU – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Kelantan akan mengambil tindakan tegas terhadap peniaga yang menjual jersi tiruan pasukan bola sepak Kelantan.

Pengarahnya, Datuk Ab Ghani Harun berkata penjualan jersi tiruan itu menyebabkan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) dan syarikat penaja mengalami kerugian yang besar.

“Kami menerima aduan daripada KAFA dan syarikat penaja, terdapat peniaga yang mengambil kesempatan dan keuntungan dengan menjual jersi tiruan secara berleluasa di negeri ini,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Ab Ghani berkata KAFA telah mendaftarkan logo yang terdapat pada jersi pasukan Kelantan yang juga dikenali sebagai The Red Warriors (TRW) dengan pihak KPDNKK sejak 2011 sehingga 2020 dan hanya syarikat yang menaja jersi tersebut boleh menggunakan logo itupun selepas mendapat kebenaran daripada KAFA.

“Kami akan lakukan penguatkuasaan dan menjalankan tugas dengan lebih berkesan bagi memastikan kes ini tidak berterusan,” katanya.

Beliau berkata mengikut Seksyen 8 Akta Perihal Dagangan 2011, individu yang didapati bersalah menjual jersi tiruan boleh didenda RM10,000 bagi setiap helai baju manakala RM15,000 bagi syarikat.


Pengarah Urusan Syarikat Glow Glowing Beauty Skin yang turut menaja jersi TRW, Datuk Mohd Rowi Dollah berkata pihaknya bersama KAFA akan menubuhkan sebuah pasukan khas bagi memantau penjualan jersi tiruan.

“Maklumat yang diterima akan disalurkan kepada KPDNKK untuk siasatan dan tindakan lanjut,” katanya.

Beliau berkata jersi asli pasukan Kelantan akan mula dipasarkan bulan depan. – BERNAMA

Kategori