Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

“Anjing Pun Makhluk Allah,...

ANJING sememangnya merupakan najis berat bagi orang Muslim. Namun itu tidak bermaksud kita...

Sarimah Mahu Berhenti Jadi...

MUNGKIN perkhabaran ini sedikit sebanyak mengecewakan pendengar setia stesen radio Mix FM kerana...

Boleh Tunai Umrah Dalam...

KUALA LUMPUR - Umat Islam di negara ini dijangka menerima berita gembira berkaitan...

Pinggang ‘Cinderella’ Terlalu Kecil...

BIARPUN belum ditayangkan lagi, filem Cinderella terbitan Disney yang bakal menjengah pawagam Amerika...

Penjara Filipina Digempur, Lebih 150 Banduan Lolos

MANILA – Sekumpulan lelaki bersenjata nekad menyerang sebuah penjara di selatan Filipina yang bergolak dan berjaya membunuh seorang pengawal serta membebaskan lebih 150 banduan.

Insiden berbalas-balas tembakan itu tercetus awal Rabu apabila lebih 100 lelaki bersenjata dikaitkan dengan satu kumpulan pemberontak menyerang penjara di Cotabato Utara, wilayah Soccsksargen di tengah pulau Mindanao.

Serangan dramatik tersebut turut membolehkan ratusan banduan mengambil kesempatan untuk meloloskan diri mereka sekali gus menjadi kes pembolosan paling buruk dalam beberapa tahun di negara rantau Asia tenggara itu.

“Serangan ini adalah untuk membebaskan rakan mereka yang ditahan pihak kami. Ia seumpama satu operasi menyelamatkan tawanan,” kata warden penjara, Peter John Bonggat kepada stesen televisyen tempatan ABS-CBN.

Penjara Filipina Digempur, Lebih 150 Banduan Lolos

Beliau menambah para pengawal penjara pula gagal mengatasi serangan itu. Penjara Daerah Cotabato Utara yang terletak 930 kilometer dari ibu kota Manila itu menempatkan lebih 1,500 banduan, majoritinya etnik Bangsamoro.

Ini merupakan serangan kali ketiga terhadap penjara itu sejak 2007. Sebahagian besar tahanan ialah pejuang gerila gerakan Mindanao yang dihukum penjara atas kesalahan siri pengeboman di wilayah majoriti Muslim tersebut.

Mereka berpisah daripada Barisan Pembebasan Islam Moro yang mengisytiharkan berdamai secara rasmi dengan kerajaan Filipina hasil usaha rundingan sulit dilakukan atas inisiatif pihak berkuasa Malaysia beberapa tahun lalu.

“Para banduan mengambil peluang ini kerana kejadian berbalas tembakan yang serius. Mereka menggunakan tilam dalam bilik kurungan yang ditimbunkan sebagai alat untuk meloloskan diri di tembok berkawat duri,” kata Bonggat.

Beliau berkata kepada agensi berita antarabangsa AFP bahawa sekurang-kurangnya 158 banduan meloloskan diri, manakala enam berjaya ditahan semula tetapi kurang jelas berapa ramai yang ada kaitan dengan pihak penyerang.


Penjara Filipina Digempur, Lebih 150 Banduan Lolos

Serangan pada awal pagi itu ujar Bonggat, dikenal pasti sebagai diterajui oleh kumpulan pejuang pemberontak tempatan yang telah berpisah daripada gerakan utama mereka, Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro.

Pihak tentera dan polis belum mengesahkan identiti penyerang itu mahupun motif kejadian lari dari penjara tersebut, namun sudah melancarkan operasi untuk menangkap banduan yang lolos serta penyerang terbabit.

Selama berdekad-dekad, kawasan selatan Mindanao dibelenggu gerakan pemberontakan oleh kumpulan pemisah serta sebilangan geng jenayah, yang sesetengahnya sudah mengikrarkan sumpah setia kepada militan Daesh.

Mindanao, suatu ketika merupakan wilayah Kesultanan Sulu kemudian dianggap sebagai kampung halaman nenek moyang masyarakat minoriti Muslim di Filipina yang majoriti penduduknya pula beragama Kristian Katolik.

Beberapa kejadian cubaan lolos dari penjara pernah berlaku di rantau tersebut dengan kumpulan pelampau pro-Daesh pernah berjaya membebaskan 23 tahanan pada tahun lalu. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori