Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

‘Spiderwoman’ China Panjat Tebing...

JIKA suatu ketika dahulu, kaum lelaki mendominasi aktiviti sukan ekstrem, namun kini semakin...

Gara-Gara Dikecam, Tiba-Tiba Anwar...

KUALA LUMPUR - Bekas Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar...

7 Tips Keselamatan Sebelum...

Kami percaya minggu ini sudah ramai yang mengambil keputusan untuk pulang ke kampung...

Pemandu Bas Maut Rempuh...

KUALA KANGSAR - Seorang pemandu bas maut manakala dua lagi penumpang cedera selepas...

‘Penjarakan Dia Seumur Hidup’ – Bapa Mangsa

HEBRON – Anggota tentera Israel yang menembak mati lelaki Palestin ketika dia cedera berbaring di atas tanah harus dihukum penjara seumur hidup, kata bapa mangsa.

Yusri al-Sharif berkata, hukuman sewajarnya bagi Sarjan Elor Azaria, 20, adalah yang sama seperti hukuman diterima anak-anak Palestin dalam penjara Israel.

“Penjara seumur hidup… tetapi Israel membicarakan rakyatnya jadi terdapat kemungkinan dia mendapat hukuman ringan,” katanya kepada pemberita di Hebron, lokasi kejadian itu berlaku.

Azaria menembak mati anaknya, Abdul Fatah al-Sharif, 21, yang cedera dan terbaring di tanah dan didapati bersalah atas tuduhan membunuh.

Kumpulan hak asasi manusai dan kerajaan Palestin berhujah bahawa sabitan kesalahan itu hasil daripada video tular menunjukkan insiden yang menarik perhatian global.

Azaria dibicara di mahkamah tentera sejak Mei lalu. Dia mendapat sokongan ahli politik sayap kanan walaupun pegawai tinggi tentera mengutuk pembunuhan berkenaan.

Dia bakal berdepan hukuman penjara 20 tahun. Mahkamah akan memutuskan tarikh untuk hukuman itu dijatuhkan.

Hakim Maya Heller mengambil masa dua setengah jam membacakan keputusannya dan mengkritik keras hujah pembelaan peguam Azaria.

Bagi pihak panel tiga hakim, Heller berkata, tiada sebab untuk Azaria melepaskan tembakan kerana lelaki Palestin itu tidak lagi memberikan ancaman.

Azaria berusia 19 tahun ketika dia melakukan kekejaman itu pada Mac 2016.

Dengan memakai uniform tentera, Azaria masuk ke mahkamah semalam sambil tersenyum dengan anggota keluarga dan penyokongnya bertepuk tangan manakala seorang lelaki memeluknya.

Namun, wajah Azaria berubah ketika Heller membacakan keputusan perbicaraan.


Azaria dan keluarganya juga kelihatan terkejut dengan ibu bapanya berpelukan ketika hakim membacakan keputusan berkenaan.

Berpuluh-puluh penunjuk perasaan bergelut dengan polis ketika berkumpul di luar ibu pejabat tentera di Tel Aviv, lokasi perbicaraan berlangsung.

Penunjuk perasaan dilihat memegang sepanduk berbunyi ‘Rakyat Israel tidak meminggirkan askar di medan perang’.

Sementara itu, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berkata, dia menyokong supaya pengampunan diberi kepada Azaria.

Bagaimanapun, kenyataan pejabat Presiden Israel, Reuven Rivlin selepas keputusan mahkamah itu, menasihati bahawa masa masih terlalu awal bagi perbincangan pengampunan pada masa ini.

Katanya, permohonan hanya boleh dibuat Azaria, peguamnya atau ahli keluarga selepas proses penghakiman tamat.

“Sekiranya pengampunan dimohon, ia akan dipertimbangkan oleh presiden selaras dengan amalan biasa dan selepas cadangan daripada pihak berkuasa berkaitan,” katanya.

Perbicaraan itu turut mencetuskan perbalahan di Israel. – AFP/myMetro Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori