Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Projek MRT3 Tidak Dibatal,...

KUALA LUMPUR - Menteri Pengangkutan Anthony Loke hari ini menjelaskan Laluan 3 Aliran...

Gambar: Hari Pertama Putera...

ISTANA Kensington semalam memuat naik status mengenai putera kesayangan ramai, Putera George yang...

Dua Lelaki Didenda RM3,000...

IPOH: Dua lelaki masing-masing didenda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini...

Bayi Lelaki 12 Bulan...

TRAGIS... Seorang bayi lelaki berusia setahun maut dalam keadaan ngeri akibat digilis sebuah...

Penjawat Awam S’wak Digesa Teruskan Perjuangan Adenan

SIBU – Penjawat awam Sarawak, khususnya di Sibu, digesa meneruskan perjuangan Allahyarham Tan Sri Adenan Satem bagi meningkatkan kesejahteraan rakyat.

Residen Bahagian Sibu Hii Chang Kee berkata hala tuju itu telahpun ditetapkan oleh Adenan melalui 53 prinsip dan tindakan yang diumum Allahyarham sebelum dan semasa pilihan raya negeri lalu.

“Saya rasa ini perkara ini penting untuk dipikul oleh semua penjawat awam negeri, khususnya di Sibu, demi menjaga kepentingan rakyat,” katanya yang ditemui pemberita selepas memberi penghormatan dan menandatangani buku ucapan takziah atas pemergian Allahyarham Ketua Menteri itu di Dewan Suarah Sibu hari ini.

Masyarakat di Sibu berpeluang memberi penghormatan terakhir dan menandatangani buku ucapan takziah tersebut dari 9 pagi hingga 9 malam selama dua hari bermula hari ini.


Adenan, 72, meninggal dunia pada Rabu di Pusat Jantung Sarawak, Kota Samarahan, Kuching, berikutan komplikasi jantung. – BERNAMA

Kategori