Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

The Geroboc Rancang Pasarkan...

TIADA siapa menyangka pengasas jenama kasut wanita yang menjadi kegilaan pembeli dalam talian,...

Fokus Pencarian Tertumpu Di...

KUCHING - Fokus pencarian helikopter yang dipercayai hilang akan tertumpu di tiga daerah...

Perak Cadang Perluaskan Hari...

IPOH - Perak berhasrat memperluaskan kempen Hari Tanpa Kereta di setiap daerah ke...

Sekolah Jadi Pusat Mengundi...

PORT DICKSON - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menjangkakan bilangan sekolah yang akan dijadikan...

Penumpang Ramas Payudara Pemandu Grab Car Wanita

PERJALANAN yang sepatutnya mengambil masa lima minit menjadi satu mimpi ngeri buat seorang pemandu Grab Car wanita apabila dirinya dicabul penumpang, baru-baru ini.

Mangsa berusia 20-an, dipercayai mengambil penumpang tersebut di Taman Bandaraya, Bangsar pada jam 11.45 pagi dan diminta memandu ke arah bangunan pejabat berhampiran sebelum suspek tiba-tiba merabanya.

Suspek didakwa meraba betis dan meramas payudara mangsa.

Selain itu, suspek turut menunjukkan gambar kemaluannya kepada mangsa malah turut memaksa mangsa mengadakan hubungan seks dengannya.

Selepas meraba payudara mangsa, suspek dikatakan beredar keluar dari kenderaan.


Insiden itu tidak terhenti di situ, apabila wanita itu mula diganggu dengan mesej-mesej lucah yang dihantar suspek menerusi aplikasi WhatsApp.

Mangsa kemudiannya membuat laporan polis di Balai Polis Pantai. – MYNEWSHUB.CC

1 komen

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori