Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Serangan Russia Bunuh Lima...

KYIV: Serangan Russia ke atas pusat sokongan kemanusiaan di bandar timur Ukraine mengorbankan...

Jijik… Peniaga Tiup Ayam...

BEBERAPA gelagat penjual ayam di Lima, Peru dirakam cuba menipu pelanggan dengan meniup...

Drama Sepanjang Hari Pembebasan...

PEMBEBASAN Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam pada mulanya dijangka menjadi peristiwa terbesar dan...

Mangsa Banjir Di Rompin...

KUANTAN - Jumlah mangsa banjir di Rompin sehingga 9 pagi ini masih kekal...

Penunggang Motosikal Dikhuatiri Lemas Jatuh Sungai

GUA MUSANG – Seorang penunggang motosikal dikhuatiri lemas setelah terjatuh ke dalam Sungai Nenggiri ketika melalui jambatan Kampung Pulau Setelu di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Supt Rajab Ahad Ismail berkata dalam kejadian pukul 9 pagi itu, mangsa, Adnan Che Soh, 29, dikatakan gagal mengawal motosikalnya ketika melalui jambatan itu sebelum melanggar belakang sebuah motosikal di hadapannya.

“Sebaik berlaku kemalangan itu, mangsa yang tinggal di Kampung Prak di sini, tercampak ke tepi kiri jambatan bersama motosikalnya.

“Mangsa terus terjatuh ke dalam sungai manakala motosikalnya tersangkut pada pagar dawai jambatan itu,” katanya ketika dihubungi di sini.

Rajab Ahad berkata seorang lagi lelaki yang motosikalnya dilanggar mangsa terselamat dalam kejadian itu.


Beliau berkata gerakan mencari mangsa sedang dilakukan namun arus sungai yang deras menyukarkan gerakan mencari.

Setakat ini, gerakan mencari itu melibatkan 30 anggota terdiri daripada polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia. – BERNAMA

Kategori