Monday, January 27, 2025

Creating liberating content

Dulu Kutuk Media Barat,...

NEGARAWAN ini pasti diingati seluruh isi Malaysia kerana jasa dan kejayaan yang dibawa...

Samsung Menawarkan Khidmat Pelanggan...

Kebiasaanya, jika anda melalui kebanyakkan stesen minyak yang berada di lebuh raya, pasti...

Video: Aksi Muhyiddin Menari...

SATU rakaman video yang menunjukkan aksi Mantan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin...

Perak Menukar Pemain Import...

IPOH - Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) bertindak menukar pemain import selepas pemain...

Sebabkan Kematian, Penuntut UniKL Didenda RM4,000

IPOH – Seorang penuntut Universiti Kuala Lumpur (UniKL) didenda RM4,000 oleh Mahkamah Khas Trafik di sini hari hari ini selepas mengaku bersalah memandu secara tidak bertimbang rasa hingga menyebabkan kematian, Julai tahun lalu.

Muhammad Kamil Roslan, 20, yang memandu sebuah kenderaan pelbagai guna didakwa memasuki laluan bertentangan dan melanggar motosikal yang ditunggang Mohd Izwan Razali, 31, di Jalan Lahat-Simpang Pulai kira-kira 12.30 tengah malam, 24 Julai lalu.

Majistret Siti Hanum Mohmad Sah turut memerintahkan tertuduh dihukum penjara empat bulan jika gagal membayar denda tersebut.

Dia dituduh mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM10,000 dan boleh dihukum penjara 12 bulan, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Muhammad Kamil merayu agar hukumannya diringankan kerana dia masih belajar di universiti itu.


Kes itu dikendalikan Pegawai Pendakwa Mahkamah Khas Trafik Ipoh Inspektor Seah Tiong Seng manakala tertuduh tidak diwakili peguam. – BERNAMA

Kategori