KERANA seluar dalam, Sepanyol menjadi kecoh. Ia gara-gara gambar penyampai televisyen negara itu, Eloisa Gonzalez, yang dikatakan tidak memakai seluar dalam selepas gaun yang dipakainya terselak ketika dia sedang mengacarakan satu majlis sempena sambutan tahun baru.
Keadaan ini memaksa Eloisa, 35, menjawab tuduhan tersebut selepas beberapa hari mendiamkan diri.
Eloisa mempertahankan bahawa dia memakai seluar dalam dan pada masa sama memberitahu, dia juga memakai stokin.
Menurut Eloisa, dia tidak berpeluang untuk memilih gaun itu, justeru dakwaan bahawa aksi berkenaan dilakukan semata-mata untuk menaikkan rating dan namanya, adalah tidak benar.
Dia yang juga seorang model dan aktres turut memuatnaik semula gambar gaun yang dipakainya itu bersama-sama dengan seorang lagi penyampai pada malam tahun baru itu.
Ini bukan kali pertama Eloisa berdepan dengan kontroversi terbabit.
Pada 2012, dia telah memakai pakaian yang menjolok mata menyebabkan satu akaun Facebook telah dibuka dan dinamakan sebagai ‘Eloisa’s New Year’s Eve T**s.’ – Mynewshub.cc