Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Ringgit Rendah Sedikit Berbanding...

KUALA LUMPUR – Ringgit rendah sedikit berbanding dolar US pagi ini, berikutan permintaan...

26 Mei Tarikh Melihat...

KUALA LUMPUR - Tarikh melihat anak bulan Ramadan bagi menetapkan permulaan puasa untuk...

Mohammed Ghaddar Secara Rasmi...

JOHOR BAHRU - Penyerang import, Mohammed Ghaddar hari ini secara rasmi diperkenalkan sebagai...

Lelaki Myanmar Maut Diserang

Kuala Selangor - Seorang lelaki warga Myanmar ditemui mati dengan beberapa kesan tetakan...

‘Penyangak’ Cari Mangsa Dalam Sekolah

AWAS… Perkongsian seorang netizen yang menggunakan akaun Facebook Surur Ghazali nyata mencemaskan ramai ibu bapa susulan pendedahannya mengenai penculik yang semakin berani.

Penjenayah terbabit ujarnya malah dikatakan sanggup mencari mangsa sehingga tidak takut masuk terus ke dalam kawasan sekolah.

Dalam status Surur Ghazali itu, dia memuat naik gambar lelaki yang memakai baju belang mengaku sebagai ayah kepada seorang murid yang dipercayai anak pegawai Bank Simpanan Nasional.

Lelaki itu didakwa cuba membawa pulang murid yang dikenali sebagai Mohd. Zaim Irfan namun gagal selepas kanak-kanak itu menangis kerana itu bukan ayahnya.

'Penyangak' Cari Mangsa Dalam Sekolah

Surur Ghazali dalam statusnya berkongsi, kejadian tersebut berlaku di sebuah sekolah di Kuala Lumpur.

“Minta berhati-hati semua ibu bapa dan guru sebab semalam ada lelaki yang berbaju belang dalam gambar itu mengaku ayah kepada anak saya, Mohd. Zaim Irfan dan kononnya nak ambil anak saya bawa balik.

“Bila anak itu menangis cakap tu bukan ayah dia, baru cikgu call mak dia tanya, ada tak ayah dia datang nak ambil anak. Berani sungguh penyangak sekarang, sampai ke sekolah mencari mangsa,” tulisnya.

Perkongsian Surur Ghazali menjadi tular menerusi media sosial dengan dikongsi lebih 3,172 kali dan mengundang kebimbangan ibu bapa mengenai keselamatan anak-anak mereka.

Sementara itu, menerusi ruangan komen, Farah Azira menjelaskan yang dia mengenali lelaki dalam gambar tersebut yang dikatakan mempunyai masalah mental.

'Penyangak' Cari Mangsa Dalam Sekolah

“Lelaki ini ada tinggal di kawasan rumah saya, setahu saya dia nie tak betul.

“Dia ni dah kahwin dan ada anak tapi dah bercerai. Mungkin dia rindu kat anak dia, semalam dia ada minta tolong hantar dia kat Jalan Duta. Dia cakap nak balik Kedah, mungkin nak balik tengok anak dia. Tapi dia nie memang tak berapa betul. Cakap pun sorang-sorang,” katanya.

'Penyangak' Cari Mangsa Dalam Sekolah


Berdasarkan perkongsian netizen, lelaki terbabit dikatakan mempunyai masalah mental dan sering membawa benda tajam.

Namun, berbeza pula pandangan netizen Kadir Jamal mengenai lelaki berbaju belang itu.

'Penyangak' Cari Mangsa Dalam Sekolah

Menurutnya, apabila kejadian tersebut menjadi tular, dia menunjukkan gambar lelaki itu kepada adiknya yang bersekolah di lokasi kejadian.

“Dua jawab itu (gambar) ustaz dengan orang yang kemas-kemas sekolah, itu cleaner (pekerja cuci) dia cakap.

“Walau sesiapa pun orang baju belang itu jangan cepat jatuhi hukum, boleh jadi fitnah,” tulisnya.

Bagaimanapun, sehingga kini tiada laporan yang dibuat dan pihak sekolah dikatakan enggan mengulas mengenai kejadian tersebut.

Jika sebelum ini, banyak cubaan culik di luar kawasan sekolah dilaporkan media tetapi kali ini di dalam sekolah pula.

Netizen terutamanya ibu bapa berharap pihak sekolah dapat memperketatkan kawalan keselamatan di sekolah dan guru perlu mengenali ibu bapa murid supaya kejadian yang sama tidak berulang lagi. – MYNEWSHUB.CC

Nota: Video sekadar hiasan.

Kategori