Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Felda Bakal Wujud Sekolah...

TANJUNG MALIM - Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) akan mengadakan kerjasama dengan Khaza­nah...

Qatar Kutuk Terbabit Konflik...

DOHA - Kementerian Luar Qatar mengutuk sekeras-kerasnya dan menyangkal semua dakwaan mengatakan negara...

SSM Beri Diskaun 70%...

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menawarkan diskaun sebanyak 70 peratus terhadap...

Pinjaman Baru Kerajaan PN...

DARI FB NAJIB RAZAKDarurat diisytihar.Parlimen digantung.Akta kewangan yang kawal perbelanjaan digantung.Covid gagal dikawal...

Perabot Dan Alatan Mengajar Rosak, Sekolah Dimasuki Air

KUALA BERANG – Perabot dan peralatan Sekolah Kebangsaan Tengkawang di Hulu Terengganu mengalami kerosakan akibat ditenggelami air banjir dan lumpur dua hari lepas.

Guru Besarnya Suhaimi Wahab berkata jumlah kerugian yang dialami belum ditaksirkan.

“Sebenarnya kami sudah alihkan semua peralatan mengajar dan meja ke tempat yang tinggi. Tapi Rabu lalu, kami ambil keputusan untuk menurunkan semula barang-barang tersebut ke tempat asalnya sebab sekolah akan bermula pada Ahad.

“Hujan pun tidak turun dan tidak terdapat tanda-tanda akan berlaku banjir. Namun tiba-tiba pada Sabtu, hujan turun dengan lebat dan berlaku banjir,” katanya.
0
Beliau berkata air naik setinggi dua meter yang turut merosakkan buku teks, barangan jualan koperasi, peralatan sukan dan sebuah kereta milik guru turut tenggelam.

“Lima buah bangunan turut dinaiki air sedalam 1.5 meter termasuk lapan buah kelas dan kuarters guru yang menyebabkan lumpur tebal,” katanya.


Suhaimi berkata sekolah tersebut pernah ditenggelami air tetapi tidak berlaku kerosakan kerana barangan sempat diangkat lebih awal sebelum cuti akhir persekolahan.

Pihak bomba dan penyelamat turut membersihkan kawasan sekolah hari ini.

“Esok sekolah mungkin boleh beroperasi semula setelah dibersihkan,” tambahnya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori