Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Biden Hanya Kekurangan 6...

WASHINGTON - Calon demokrat Joe Biden hanya memerlukan enam lagi undi elektoral untuk...

PKPB Di Seremban Bermula...

KUALA LUMPUR - Daerah Seremban, Negeri Sembilan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB)...

Kebakaran Kampung Setinggan, 15...

MIRI - Seramai 15 orang setinggan dari Kampung Pasir, Jalan Lutong di sini...

AS Tangguh Cukai Logam...

WASHINGTON - Presiden Amerika Syarikat Donald Trump pada Khamis meluluskan penangguhan tarif ke...

Perdasama Yakin Kewibawaan Pengerusi Felda Baharu

KUALA LUMPUR – Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (Perdasama) mengucapkan tahniah kepada Ahli Parlimen Johor Bahru, Tan Sri Shahrir Abdul Samad diatas pelantikan beliau sebagai Pengerusi Felda yang baharu.

Presidennya, Datuk Moehamad Izat Emir berkata, Perdasama yakin pelantikan Shahrir mampu menyelesaikan kemelut yang dihadapi oleh pihak Felda sebelum ini.

“Begitu besar harapan kaum Melayu agar anak-anak peneroka dapat menempa kejayaan dan dalam masa yang sama komuniti Felda menjadi pedagang dan pengusaha yang mengikuti arus pembangunan di negara ini.

“Setiap 10 ekar tanah yang dikurniakan Felda kepada peneroka haruslah dijadikan tapak untuk memulakan dan membangunkan industri desa dan industri ciptaan moden yang diterajui ramai anak Felda lepasan Universiti Teknologi Malaysia (UiTM) untuk dipasarkan ke dalam dan luar negara,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Moehamad berkata, Perdasama sebagai sebuah badan bukan kerajaan yang kini memiliki 16 cawangan di setiap negeri mengalu-alukan kerjasama dengan Felda bagi membantu para peneroka memajukan diri. .


“Semoga Felda akan terus membantu mensejahterakan rakyat Malaysia di masa akan datang,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Kategori