Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Pencemaran Bau Kimia: SK...

JOHOR BAHRU - Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Maju Jaya ditutup pada Isnin selepas...

Laporan Perubatan Elemen Penting...

JOHOR BAHRU: Polis masih menunggu laporan perubatan berhubung kecederaan dialami seorang kanak-kanak autisme...

Penerbangan Ihsan APMM Untuk...

SERDANG - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) melakukan penerbangan ihsan membawa bayi...

Penunggang Basikal Maut Kepala...

TAWAU – Seorang penunggang basikal maut selepas kepalanya digilis tayar sebuah traktor ladang...

Perintah Berkurung Di Esszone Dilanjut Hingga 30 Januari

KOTA KINABALU – Perintah berkurung di kawasan perairan di tujuh daerah Zon Keselamatan Timur Sabah (Esszone) yang berakhir hari ini dilanjut sehingga 30 Jan ini.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Ramli Din berkata ia yang berkuat kuasa dari 6 petang hingga 6 pagi membabitkan kawasan perairan Tawau, Semporna, Kunak, Lahad Datu, Kinabatangan, Sandakan dan Beluran.

Perintah berkurung dikenakan bagi memastikan kawasan perairan Sabah tidak diceroboh pengganas yang boleh mengancam keselamatan penyelidik antarabangsa yang menjalankan penyelidikan serta kedatangan pelancong luar negara di pulau-pulau peranginan.

Ini susulan kumpulan pengganas Abu Sayyaf dan penjenayah dari selatan Filipina yang melakukan penculikan untuk mendapat wang tebusan masih cuba menceroboh untuk melakukan jenayah rentas sempadan. – BERNAMA

Kategori