Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Shahrom, Peserta Solo Negara...

KUALA LUMPUR - Peserta solo Ekspedisi Jelajah Kutub Selatan 'All The Way 2015',...

16 Ahli UMNO Khianat...

TIADA MAAFā€¦ Semua maklum pembangkang kini dalam keadan tertekan sehingga terpaksa guna peguam...

Tanggapan Peminat Punca Gosip...

PELAKON kecil molek, Ayda Jebat sebelum ini pernah dikaitkan dengan cinta lokasi bersama...

Kisah Suraqah Dan Janji...

SURAQAH bin Malik terkenal sebagai penunggang kuda yang sangat cekap. Ketika pembesar kaum musyrikin...

Perkhidmatan Tren Intercity Laluan Selatan Pulih Hari Ini

KUALA LUMPUR – Perkhidmatan Tren Intercity Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di laluan selatan yang mengalami gangguan sejak Rabu lepas, kembali pulih hari ini.

Dalam satu kenyataan di sini, Unit Komunikasi Korporat KTMB bagaimanapun berkata perjalanan tren akan mengalami sedikit kelewatan kerana tren perlu diperlahankan di kawasan yang dibaik pulih.

“Bagi laluan pantai timur, perkhidmatan tren masih mengalami gangguan dan terkini berlaku tanah runtuh di laluan antara Kuala Lipis-Chegar Perah di Km 250,” kata KTMB.

Susulan kejadian itu, perkhidmatan tren No. 26 dan No. 27 (Tumpat-JB Sentral-Tumpat) hanya beroperasi di laluan JB Sentral-Jerantut dan Kuala Krai-Tumpat.

KTMB berkata penumpang akan dibawa menggunakan bas bagi laluan Jerantut-Kuala Krai.


Tren ‘shuttle’ pantai timur (Kuala Lipis-Gua Musang-Dabong-Kuala Krai-Tumpat) pula beroperasi antara laluan Kuala Krai-Tumpat sahaja.

“Penumpang yang tidak ingin meneruskan perjalanan layak menerima pemulangan tambang penuh bagi semua perkhidmatan tren pantai timur yang terjejas. Tuntutan boleh dibuat sebelum tren atau bas berlepas,” kata KTMB.

Untuk maklumat lanjut penumpang boleh menghubungi pusat panggilan KTMB di 03-22671200 atau layari laman sesawang rasmi di www.ktmb.com.my. – BERNAMA

Kategori