Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Penghuni Dua PPR Di...

SEREMBAN: Lebih RM3.3 juta tunggakan bayaran sewa membabitkan dua Projek Perumahan Rakyat (PPR)...

EAS Yang Lebih Kuat...

KUALA LUMPUR - Sidang Kemuncak Asia Timur (EAS) kini menyasarkan dialog dan kerjasama...

Pasar Ini Popular Dengan...

JELIK... Tikus mungkin dianggap sebagai haiwan mamalia kecil yang cukup menjijikkan manusia kerana...

Anggota Parlimen Perlu Pastikan...

KUALA LUMPUR – Para anggota Parlimen perlu memastikan Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang berkaitan...

Perkhidmatan Tren Intercity Terjejas Akibat Banjir

KUALA LUMPUR – Perkhidmatan Tren Intercity terjejas bermula pada 24 Januari akibat bencana banjir di Kilometer 590.250 di antara Segamat–Genuang di Johor dan Kilometer 220.5 Kuala Lipis–Gua Musang di Kelantan.

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dalam satu kenyataan berkata, berikutan insiden itu aturan perjalanan terpaksa dirombak bagi semua perkhidmatan tren Intercity yang terjejas di kedua-dua sektor.

“Bagi Tren No. 26 (JB Sentral – Tumpat), penumpang akan menaiki tren daripada Stesen JB Sentral ke Stesen Kluang. Seterusnya daripada Stesen Kluang, penumpang akan dibawa ke Stesen Tumpat menggunakan bas.

“Bagi Tren No. 27 (Tumpat – JB Sentral), penumpang akan menaiki tren daripada Stesen Tumpat ke Stesen Kuala Krai. Di Stesen Kuala Krai penumpang akan menaiki bas ke Stesen Kluang dan meneruskan perjalanan ke Stesen JB Sentral menggunakan tren,” kata kenyataan itu hari ini.

Menurut KTMB, bagi Ekspres Selatan (Gemas – JB Sentral) pula, perkhidmatan tren hanya beroperasi di laluan Stesen JB Sentral – Stesen Kluang. Selepas itu, penumpang akan meneruskan perjalanan menggunakan bas bagi laluan di antara Stesen Gemas – Stesen Kluang.

Manakala, kata kenyataan itu, bagi Shuttle Pantai Timur (Kuala Lipis – Gua Musang – Dabong – Kuala Krai – Tumpat), perkhidmatan tren hanya beroperasi di antara laluan Kuala Krai – Tumpat sahaja.


“Para penumpang layak menerima pemulangan tambang penuh bagi semua perkhidmatan tren sektor selatan dan sektor pantai timur yang terjejas. Bagaimanapun, tuntutan pemulangan tambang boleh dibuat sebelum tren atau bas berlepas,” kata KTMB.

Orang ramai yang mahu mendapatkan maklumat lanjut diminta menghubungi Pusat Panggilan KTMB di 03-2267 1200 atau layari laman sesawang rasmi kami di www.ktmb.com.my. – MYNEWSHUB.CC

Kategori