Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Kerajaan Berjaya Turun Nisbah...

PUTRAJAYA - Kerajaan berjaya mengurangkan hutang dan liabiliti kerajaan kepada 77.1 peratus berbanding...

2 Polis, Peniaga Dijel,...

KOTA BHARU – Dua anggota polis dan seorang peniga masing-masing dijatuhi hukuman penjara...

10 Rumah Setinggan Di...

KOTA KINABALU - Sebanyak 10 rumah setinggan di Kampung Kibagu, Menggatal dekat sini,...

Lapan Lelaki Positif Dadah...

KANGAR - Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Perlis menahan lapan lelaki setelah didapati positif...

Persatuan Anak Sarawak Labuan Rakam Takziah

LABUAN – Persatuan Anak Sarawak Labuan (PASaL) merakamkan ucapan takziah atas pemergian Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem, dan berkata, Allahyarham mengabdikan hidupnya kepada penduduk Sarawak dan khidmat baktinya akan terus kekal dalam ingatan penduduk negeri itu buat selama-lamanya.

Presidennya, Muhammad Shamad Ahmad berkata persatuan itu berasa sedih dengan kembalinya ke Rahmatullah ‘Tok Nan’, seorang pemimpin yang popular, tegas, mesra rakyat dan berkarisma.

Allahyarham Adenan, 72, yang menjadi ketua menteri Sarawak hampir tiga tahun, meninggal dunia di Pusat Jantung Sarawak di Kota Samarahan, Kuching, akibat komplikasi jantung pada 1.24 tengah hari semalam.

“Ini adalah kehilangan besar kepada kami warga Sarawak. Kami berasa terkejut dan sedih. Allahyarham seorang pemimpin yang berusaha sedaya upaya untuk kemajuan negeri itu sejak hari pertama menjawat jawatan.


“Hidup beliau ditumpukan kepada transformasi sosioekonomi Sarawak dan penduduknya. Sumbangan beliau kepada kemajuan dan pembangunan jangka panjang Sarawak akan terpahat dalam ingatan. Kehilangan besar buat politik Sarawak,” katanya.

Jenazah Adenan selamat disemadikan dengan istiadat pengebumian negeri di tanah perkuburan Islam Samariang, Kuching, hari ini. – BERNAMA

Kategori