Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Peniaga Bazar Diingat Tidak...

KUALA TERENGGANU : Peniaga bazar Ramadan di negara ini diingatkan agar tidak meletakkan...

10 Rakyat Tempatan Antara...

KOTA KINABALU - Seramai 22 lelaki termasuk 10 rakyat tempatan ditahan di Sabah...

PRK DUN Mahkota 28...

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK)...

Video: Cara Bapa Ini...

KAEDAH corporal punishment atau memukul anak-anak bagi tujuan mengajar supaya mereka berdisiplin telah menjadi...

Pesara Ditipu Lelaki Menyamar Exco Negeri

JEMPOL – Seorang pesara kerajaan kerugian lebih RM1,500 akibat ditipu seorang lelaki yang menyamar anggota exco kerajaan negeri Kedah, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Jempol Supt Noorzainy Mohd Noor berkata mangsa yang berumur 63 tahun terpedaya selepas menerima panggilan telefon daripada suspek yang mengaku kononnya Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Dawai, Datuk Tajul Urus Mat Zain.

“Mangsa ditawarkan (menerima) anugerah daripada sebuah koperasi di negeri itu. Bagi meyakinkan mangsa, suspek turut menawarkan warga emas itu sebuah kereta jenis Proton Waja yang dilelong oleh koperasi berkenaan pada harga serendah RM2,100.

“Disebabkan terpedaya dengan pujukan suspek, mangsa telah memasukkan wang sebanyak RM1,597 ke dalam satu akaun bank seperti yang diminta suspek.

“Malangnya, selepas itu suspek berkenaan gagal dihubungi oleh mangsa,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.


Mengulas lanjut, Noorzainy berkata menyedari ditipu, warga emas yang tinggal di Taman Desa Puteri, Bahau, dekat sini membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Jempol pada Sabtu lalu.

Tajul Urus ialah Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengangkutan dan Badan-badan Bukan Kerajaan negeri Kedah. – BERNAMA

Kategori