MADRID – Sebuah pesawat milik American Airlines, yang dalam perjalanan ke Barcelona dari New York terpaksa membuat pendaratan cemas di barat laut Portugal selepas mengalami teknikal.
Pihak berkuasa lapangan terbang Sepanyol dan Portugal ketika memberitahu The Associated Press semalam, berkata kejadian itu berlaku apabila juruterbang pesawat AAL66 meminta kebenaran untuk melakukan pendaratan cemas.
Pesawat itu berjaya mendarat dengan selamat di Porto tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini.
Semua 151 penumpang dan lapan anak kapal serta tiga pegawai pesawat Boeing 767-300 itu kini ditempatkan di hotel buat sementara waktu.
Pihak berkuasa yang kemudiannya memerika pesawat itu tidak membenarkannya meneruskan perjalanan ke Barcelona.
Semua penumpang dan anak kapal kemudiannya diterbangkan di Barcelona dengan menaiki pesawat Portugis TAP, yang disewa khas American Airlines. Setakat ini, punca kejadian masih gagal dipastikan. – Agensi