Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Tiga Ahli Bersatu Bertanding...

KUCHING: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sarawak tidak mempunyai pilihan lain selain melucutkan...

Jangan Tertipu Pakej Murah...

KUALA LUMPUR - Persatuan Ejen-ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) mengingatkan umat Islam...

TMJ Ucap Tahniah Kepada...

KUALA LUMPUR - Penaung Diraja Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan...

2 Kemenangan Sepak Takraw...

KUALA LUMPUR – Kemenangan pasukan sepak takraw negara ke atas Kemboja dan Filipina...

Pesta Belon Udara Panas P.Pinang Kembali Bulan Depan

GEORGE TOWN – Pesta Belon Udara Panas Pulau Pinang yang menampilkan beberapa pakar belon antarabangsa dan belon berbentuk istimewa akan diadakan bagi kali ketiga berturut-turut di Padang Polo di sini bulan depan.

Ketua pegawai eksekutif AKA Balloon Sdn. Bhd., Izzati Khairudin berkata pesta dua hari itu akan berlangsung pada 4 dan 5 Februari dan disertai pakar belon dari Belanda, Belgium, Brazil, Jepun, Filipina dan Thailand.

“Sekali lagi, anda akan berpeluang berada di ruang udara Padang Polo dengan menaiki belon udara panas gergasi dari 7 pagi hingga 9.30 malam dan acara paling menarik bagi pesta ini ialah pameran 15 belon udara panas berwarna-warni pada sesi pagi dan petang.

“Pertunjukan ‘Night Glow’ juga akan diadakan di mana 10 belon dihiasi lampu dan diiringi dengan alunan muzik untuk menarik perhatian penonton,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Izzati berkata pelbagai acara termasuk hiburan disusun untuk pengunjung daripada semua lapisan usia tanpa dikenakan sebarang bayaran masuk ke tempat persembahan.


Menurut beliau, tiket juga dijual kepada mereka yang ingin menaiki belon yang terbang hingga setinggi 18 meter.

“Turut diadakan, aktiviti ‘cold inflation’ di mana pengunjung boleh berjalan masuk ke dalam belon yang diisi dengan udara sejuk di atas tanah. – BERNAMA

Kategori