Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

221 Kematian Direkodkan Op...

SHAH ALAM - Menjelang dua hari lagi sebelum Op Selamat 15/2019 berakhir kes...

Presiden PAS Jawab Mengapa...

KUALA LUMPUR - Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini menjawab...

Ketua Polis Johor Bertukar...

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengumumkan pertukaran dua pegawai kanan berkuat...

Cadangan Sewa Beli Rumah...

IPOH - Cadangan untuk melaksanakan pendekatan 'sewa dan beli' bagi membantu rakyat kurang...

Petani Alami Kerugian Sawah Padi Diserang Serangga Perosak

BAGAN SERAI – Lebih 100 petani di Kampung Parit Haji Ali, Teluk Medan di sini mengalami kerugian apabila sawah padi seluas hampir 200 hektar diserang serangga perosak, bena perang sejak bulan lalu.

Ketua Unit Peladang Kampung Parit Haji Ali, Muslan Mohd Hanafiah, 42, berkata serangan serangga perosak yang kali kedua berlaku itu menyebabkan batang padi mereput dan padi yang hampir masak akan rebah ke tanah.

Katanya, keadaan itu menyebabkan hasil padi musim ini merosot dan petani terpaksa menanggung kerugian antara RM1,500 hingga RM3,000 bagi setiap hektar sawah yang boleh dituai minggu ini.

“Jabatan Pertanian ada memberi racun serangga bagi mengawal pembiakan serangga tersebut tetapi racun yang digunakan itu tidak mendatangkan kesan,” katanya ketika ditemui di kampung itu hari ini.

Sehubungan itu, beliau berharap pihak kerajaan dapat membantu petani yang terjejas dengan menyalurkan bantuan terutama benih padi bagi meringankan beban mereka yang bergantung pendapatan daripada hasil jualan tanaman padi.

“Saya juga berharap insurans pertanian perlu dilaksanakan bagi membolehkan petani mendapat pembelaan apabila hasil pertanian terjejas akibat serangan serangga perosak,” katanya.


Seorang petani Mohd Yunus Roslan, 66, berkata beliau mengalami kerugian antara RM3,000 hingga RM6,000 apabila sawah yang diusahakan seluas 0.8 hektar rosak akibat serangan serangga.

“Padi yang rosak itu akan mengakibatkan petani menghadapi kerugian kerana kilang akan membuat potongan yang tinggi disebabkan padi tidak berisi,” katanya.

Saidin Mohd Hafir, 48, pula berkata serangan serangga perosak itu menyebabkan hasil sawahnya yang boleh dituai minggu ini terjejas kerana kebiasaannya dia memperoleh 10 tan hasil padi.

“Saya mengalami kerugian sehingga RM6,000, sepatutnya saya mampu peroleh hasil sebanyak RM11,000 pada musim ini. Saya terpaksa menanggung hutang untuk musim membajak akan datang kerana pendapatan musim ini yang merosot,” katanya. – BERNAMA

Kategori