Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Zika Di Singapura: Malaysia...

BALIK PULAU - Malaysia memperketat ujian saringan kesihatan di semua pintu masuk negara...

Bunuh Remaja: Hukuman Mati...

PUTRAJAYA - Perogol bersiri yang dikenali sebagai 'Rambo Bentong' hari ini gagal mengetepikan...

Video: Ibu Diburu, Pijak...

SEORANG wanita diburu pihak berkuasa tempatan selepas tersebar sebuah klip video memaparkan kanak-kanak...

Perak Menang Pavilion Terbaik...

KUALA LUMPUR - Pavilion Perak diumumkan sebagai pemenang pavilion negeri terbaik sempena Pameran...

Pilihan Raya Negeri Sabah Awal Hanyalah Spekulasi

KUALA LUMPUR – Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata cakap-cakap mengenai pilihan raya negeri (PRN) Sabah kononnya akan diadakan lebih awal hanyalah spekulasi.

“Kita tiada apa-apa keputusan sama ada akan mengadakan pilihan raya awal atau tidak. Jadi kedudukannya masih spekulasi setakat ini,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di Menara Dato Onn di sini hari ini.

Dilaporkan, sebelum ini khabar angin Sabah mungkin mengadakan PRN lebih awal, iaitu sebelum pilihan raya umum (PRU) ke-14.

Kepada soalan sama ada mesyuarat cawangan dan bahagian parti yang akan diadakan mulai Mac ini seolah-olah memberi petanda PRN mungkin diadakan lebih awal, Najib berkata itu adalah perkara biasa.

“Tahun ini seperti biasa sebab kita ada Ramadan (hujung Mei), Hari Raya (Jun) dan Sukan SEA (Ogos). Jadi inilah masa terbaik mengadakan mesyuarat itu,” kata perdana menteri.

Dalam hal yang sama, Najib menjelaskan bahawa mesyuarat hari ini juga bersetuju agar mesyuarat cawangan tahun ini diadakan bermula dari 17 Mac hingga 30 April manakala persidangan perwakilan bahagian akan bermula dari 7 Julai hingga 26 Ogos.

Menurutnya, sambutan ulang tahun UMNO termasuk karnival sukan, acara larian bendera dan program pidato di UMNO bahagian dan pusat termasuk perhimpunan besar-besaran akan diadakan 11 Mei.


Sementara itu, ditanya mengenai pembabitan UMNO dalam Himpunan Rang Undang-Undang (RUU) 355, Najib berkata parti keramat Melayu itu perlu memperhalusi segala aspek undang-undang sebelum membuat keputusan.

PAS sebelum ini menyatakan hasrat ingin mengadakan Himpunan Mega mengenai pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 atau RUU 355 di Dataran Merdeka pada 18 Februari.

Kepada soalan sejauh mana kerjasama UMNO dan PAS ketika ini, perdana menteri mengulangi pendirian parti bahawa perkara itu dibuat atas dasar kepentingan ummah dan agama Islam seperti dalam isu Rohingya sekaligus tidak melibatkan perkara lain.

“Kita berkongsi pentas yang sama dengan PAS dalam isu Rohingya. Malah saya diberitahu pelancaran kapal flotilla akan dibuat pada 3 Februari ini dan insya-Allah PAS akan hadir sama,” katanya.

Dilaporkan, Presiden Kelab Putera 1Malaysia (KP1M), Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata kerajaan Myanmar telah memberi kebenaran kepada misi kemanusiaan ‘Food Flotilla for Myanmar’ untuk memasuki Sittwe di wilayah Rakhine. – BERNAMA

Kategori