Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Lelaki Zimbabwe Kesal Saiz...

BEZANYA cuma lima sentimeter, namun ia jelas menyebabkan ramai rakyat Zimbabwe berasa tidak...

Sarawak Fokus Pembekal Nanas...

MIRI : Keunikan varieti nanas tempatan Sarawak iaitu Gred Sarawak Gold (SG1) menjadikan...

Video ‘Extra’ Daring, Izara...

SELEPAS tersebarnya sebuah rakaman menunjukkan Izara Aishah berpakaian seksi sehingga menampakkan bahagian payudaranya,...

3 Air Pasang Besar...

Kuala Lumpur : Tiga fenomena air pasang besar diramal berlaku di negara ini...

PKR, PAN Perlu Nyata Pendirian Kit Siang Jadi TPM

KUALA LUMPUR – Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Amanah Negara (PAN) perlu menyatakan pendirian sama ada bersetuju dengan rancangan Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk melantik Penasihat DAP, Lim Kit Siang sebagai Timbalan Perdana Menteri jika pembangkang berjaya memerintah negara.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Sohaimi Shahadan berkata, walaupun Mahathir dan Kit Siang cuba menafikan perkara itu selepas rancangan itu dikritik hebat, hakikatnya kedua-dua pemimpin pembangkang itu sudah mengesahkan wujud rancangan antara kedua-dua mereka.

“Sebenarnya Mahathir dan Kit Siang takut untuk mengakui memang wujud pakatan sulit antara mereka seperti didakwa Tunku Abdul Aziz.

“Mana tidaknya, PKR berjuang bertahun-tahun untuk mengangkat Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri, tiba-tiba Mahathir mengangkat nama Datuk Seri Mukhriz sebagai calon Perdana Menteri dan Kit Siang sebagai timbalan. Mahathir dengan Kit Siang tidak perlu lagi berdolak-dalik dan berdrama,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sohaimi dalam pada itu melahirkan rasa kesal kerana Mahathir dalam satu temubual dengan sebuah portal berita mengakui bahawa DAP memang meminta jawatan Timbalan Perdana Menteri jika pakatan menguasai Putrajaya.

“Kit Siang buat-buat tidak tahu. Mahathir dan Kit Siang sedang ‘main dama’, seorang buat-buat tak tahu, seorang lagi tuding jari pada MCA untuk mengalih tumpuan,” katanya.

Mahathir sebelum ini mengakui DAP ada meminta jawatan Timbalan Perdana Menteri sekiranya pembangkang memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Beliau yang juga Pengerusi PPBM berkata, DAP tidak meminta jawatan Perdana Menteri kerana akur kaum Cina adalah golongan minoriti di negara ini namun meletakkan harapan untuk mengisi jawatan kedua tertinggi negara.


“Kononnya kalau UMNO kalah, DAP menang, ia (DAP) akan jadi Perdana Menteri. Tak mungkin kerana kalau DAP nak menang, ia kena dapat sokongan parti Melayu yang lain…

“Mereka terang-terang kata kepada saya, bangsa Cina ini minoriti dalam negara ini…dan DAP tak pernah minta menjadi Perdana Menteri. Tapi kalau timbalan itu, adalah,” kata Mahathir.

Mahathir kemudian membuat pusingan U dengan mendakwa MCA yang sebenarnya meminta jawatan itu selepas menyedari kecaman hebat kaum Melayu berhubung rancangan itu.

Kit Siang dalam respons beliau pula mendakwa kononnya beliau tidak tahu tentang rancangan Mahathir tersebut. – MYNEWSHUB.CC

Kategori