Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

TPM Lancar Karnival Kasih...

BATU PAHAT - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari...

“Saya Sedar Saya Hanya...

KUALA LUMPUR - "Ada usaha nak jadikan polimik dalam Facebook begitu peribadi. Saya...

Harga Minyak Masak Tulen...

PUTRAJAYA: Kerajaan dan industri bersetuju untuk mengekalkan harga minyak masak kelapa sawit tulen...

Video Pasangan Seks Dalam...

VIDEO sepasang kekasih melakukan hubungan seks dalam pejabat di Mexico kini tersebar dan...

PM Bersarapan Dengan Rakyat Di Medan Selera Alor Merah

ALOR SETAR – Walaupun sibuk dengan jadual lawatan kerja ke Kedah hari ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sempat meluangkan masa bersarapan dengan penduduk di Medan Selera, Alor Merah di sini pagi ini.

Najib bersama isteri, Datin Seri Rosmah Mansor disambut ribuan orang ramai yang berada di medan itu yang kelihatan cukup teruja dengan kehadiran pemimpin nombor satu negara itu.

Turut hadir bersarapan bersama beliau ialah Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah dan bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Osman Aroff.

Antara sajian yang dihidangkan kepada mereka ialah teh tarik, kopi O, ubi kayu bersama kelapa parut dan roti Arab.

Seorang peniaga, Rokshanah Ibrahim, 53, berkata dia cukup teruja dengan kehadiran perdana menteri kerana ia merupakan kali pertama dapat menatap wajah pemimpin yang disayangi itu dengan lebih dekat.


“Hampir dua minggu kami membuat persiapan bagi menyambut kedatangan beliau dan hari ini saya menyediakan lebih 200 biji roti Arab untuk hidangan kepada mereka yang hadir hari ini,” katanya yang sudah 13 tahun menjalankan perniagaan di situ.

Najib dijadual menghadiri majlis meraikan komuniti Program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) di Sungai Petani pada pukul 11 pagi sebelum ke program bersama rakyat di Padang Awam Kuala Ketil pada 3.35 petang. – BERNAMA

Kategori