Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Bila Neelofa Bergambar Di...

Ini adalah beberapa gambar yang baru dimuat naik oleh artis cun... Neelofa yang...

Pencapaian STPM 2018 Meningkat

SERI KEMBANGAN - Pencapaian Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) pada 2018 meningkat sebanyak...

Mayat Wanita Bogel Dijumpai...

MAYAT seorang wanita ditemui dalam keadaan bogel di laluan pejalan kaki berdekatan kawasan...

EPL: Bulan Madu Balotelli...

LONDON - Brendan Rodgers menamatkan tempoh bulan madu Mario Balotelli di Anfield dengan...

Polis Beku Cuti 5,000 Pegawai & Anggota Untuk Hadapi Banjir

PASIR MAS – Polis membekukan cuti 5,000 pegawai dan anggotanya sebagai persediaan menghadapi banjir di negeri ini.

Ketua Polis Kelantan Datuk Dr Ab Rahman Ismail berkata selain itu, mana-mana pegawai dan anggota yang sedang bercuti ketika ini turut dipanggil untuk kembali bertugas.

Beliau berkata langkah itu diambil bagi membantu kelancaran operasi memindahkan mangsa banjir yang terjejas dengan bencana tersebut.

“Bagaimanapun, pegawai dan anggota yang berkursus, bermesyuarat dan cuti kecemasan masih dibenarkan untuk bercuti,” katanya kepada pemberita selepas melawat pusat pemindahan mangsa banjir di Sekolah Kebangsaan (SK) Rantau Panjang di sini, hari ini.

Ab Rahman berkata pihaknya akan menggerakkan pegawai dan aset sedia ada bagi membantu penduduk yang terjejas dengan bencana tersebut.


Beliau turut meluangkan masa untuk melawat Balai Polis Rantau Panjang yang turut ditenggelami air sedalam kira-kira 0.3 meter.

Dalam perkembangan sama, Ab Rahman berkata pihaknya turut membahagikan polis kepada dua pasukan yang ditugaskan untuk membantu mangsa dan mengawal keselamatan ketika musim banjir.

Beliau berkata orang ramai tidak perlu bimbang untuk berpindah ke pusat pemindahan kerana tahap keselamatan kediaman mereka terkawal. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori