Sunday, January 26, 2025

Creating liberating content

100 Hari: Tumpu Perkukuhkan...

KUANTAN - Kerajaan Negeri Pahang di bawah Barisan Nasional akan menjalinkan kerjasama dengan...

Terengganu Belum Sedia Laksana...

KUALA TERENGGANU - Terengganu belum bersedia melaksanakan hukum hudud sebelum kajian mendalam terhadapnya...

Manifesto Satu Tanggungjawab Kepada...

PORT DICKSON - Manifesto merupakan satu tanggungjawab kepada pengundi dan tidak boleh sewenang-wenangnya...

Abam Dan Tauke Nikah...

SETELAH lama menanti si pemilik hati, akhirnya pelawak terkenal, Abam Bocey telah diijabkabulkan...

Polis Indonesia Siasat Buku ‘Jokowi Undercover’

JAKARTA – Polis sedang menyiasat penjualan buku yang didakwa menyebarkan kebencian terhadap Presiden Joko Widodo selepas menahan penulis buku itu, Bambang Tri Mulyono, baru-baru ini.

Ketua Bahagian Hubungan Masyarakat Polis Republik Indonesia, Boy Rafli Amar berkata, setakat ini polis mendapati buku berjudul ‘Jokowi Undercover‘ itu hanya dipasarkan menerusi media sosial oleh penulisnya sendiri.

Polis mengharamkan buku itu kerana didapati memfitnah dan menghina Presiden Indonesia itu kononnya ada kaitan dengan komunis selain mengandungi unsur-unsur menimbulkan kebencian rakyat terhadap ras serta agama.

“Hasil siasatan terhadap penulis mendapati kandungan buku itu hanya berdasarkan hasil pemikiran penulis sendiri, tidak disokong oleh data primer dan sekunder,” katanya.

Penulis juga mendakwa presiden republik itu yang lebih dikenali dengan nama Jokowi telah memalsukan data peribadi ketika menjadi calon presiden pada tahun 2014.

Bambang ditahan bagi membantu siasatan dan akan didakwa melanggar beberapa undang-undang negara termasuk dibawah Pasal 16 Undang-Undang Nombor 40 Tahun 2008 mengenai Penghapusan Diskriminasi Ras dan Etnik.

Menurut undang-undang itu, sesiapa dengan sengaja menunjukkan kebencian terhadap ras dan etnik tertentu akan dihukum penjara maksimum lima tahun dan denda maksimum 500 juta rupiah.

Bambang juga akan didakwa di bawah Pasal 28 Undang-undang Informasi dan Transaksi Elektronik kerana menyebarkan informasi untuk menimbulkan rasa kebencian atau permusuhan terhadap individu atau kelompok masyarakat tertentu berdasarkan atas suku, agama, ras, dan antara golongan (SARA).


Selain itu, Bambang dianggap melanggar Pasal 207 berhubung penghinaan terhadap penguasa.

Media-media tempatan juga memetik ibu Jokowi, Sudjiatmi Notomihardjo kesal dengan tuduhan dan fitnah buku itu tetapi beliau berdoa supaya penulisnya diberi petunjuk oleh Allah.

Pendedahan mengenai buku itu dilakukan seorang aktivis sosial, Michael Bimo yang membuat laporan polis ekoran namanya turut dikaitkan dalam buku tersebut sebagai saudara kandung Jokowi.

Menurut Lina Novita, peguam Bimo, tulisan Bambang telah memfitnah anak guamnya dengan menyebut dia dan Jokowi memiliki ibu yang sama dan kononnya mereka mempunyai kaitan dengan Parti Komunis Indonesia yang diharamkan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori