Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Agong Berangkat Ke Istiadat...

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah tiba...

Guru Pakai Kostum Disney...

PENYAKIT autisme atau autistik tidak seperti mereka yang menghidap sindrom Down. Ini kerana, kanak-kanak...

Tindakan Keganasan Atas Nama...

KUANTAN - Masyarakat majmuk di negara ini perlu bebas daripada melakukan sebarang tindakan...

Pekerja Wanita Parah Tangan...

TAIPING - Pergelangan tangan kanan seorang pekerja wanita hancur akibat tersepit pada mesin...

Polis Ipoh Tumpas Aktiviti Judi Dalam Ladang Kelapa Sawit

IPOH – Polis Ipoh menumpaskan satu aktiviti perjudian ‘pasar malam’ di dalam ladang kelapa sawit di Tambun, di sini, Selasa lepas.

Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Sum Chang Keong berkata dalam serbuan pada 1.50 tengah hari itu, polis menahan 21 individu termasuk tiga wanita tempatan, seorang wanita warga China serta seorang perancang, berumur antara 40 dan 70 tahun.

Menurut Sum dalam serbuan tersebut, polis turut merampas wang tunai berjumlah RM22,892, 16 jenis peralatan perjudian dan serbuan dibuat hasil pemantauan polis serta maklumat orang awam.

“Warga China yang ditahan itu baru sahaja tiba di Malaysia Isnin lepas sebagai pelancong, manakala 10 orang yang ditahan memiliki rekod lampau,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Katanya, kesemua 20 orang yang ditahan berasal dari Perak dan ia merupakan kejayaan tangkapan perjudian pertama di Perak pada tahun ini selepas kali terkahir pada Ogos lalu.


“Polis memandang serius kes perjudian yang dibuat di tempat terbuka,” katanya sambil menambah kesemua mereka ditahan reman pada semalam sehingga hari ini.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 7(2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953. – BERNAMA

Kategori