KECEWA kerana tiada salji seperti yang diramalkan oleh pembaca berita BBC, Barra Best, seorang anggota polis telah mengeluarkan poster waran ke atas Best supaya menyerah diri.
Anggota polis dari Craigavon, Northern Ireland itu menuduh Best memberikan harapan palsu kepada kanak-kanak.
“Barra Best sila serah diri. Apa yang kami mahu adalah salji.
“Tolong kongsi! Kita sedang mengesan lelaki ini, yang paling dikehendaki di Craigavons,” katanya.
Jelasnya, mereka kecewa kerana ramalan mengenai salji itu tidak berlaku dalam masa 24 jam.
Best kemudiannya membalas bahawa anggota polis itu memerlukan FBI dan Interpol untuk membantu mengesannya dan dia sedang bersembunyi.
Best turut digelar sebagai `pemusnah impian’. – MYNEWSHUB.CC