Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Anak Hampir Diculik Angkara...

SEORANG ibu berkongsikan detik-detik cemas apabila anak perempuannya nyaris menjadi mangsa culik secara pukau...

Curi ambulans Nak Tonton...

Pontiac (Michigan) - Kecewa kerana kekurangan pengangkutan awam dan terdesak untuk tiba di...

Bekas Ketua Editor Utusan...

KUALA LUMPUR - Said Zahari, mantan ketua pengarang akhbar Utusan Melayu yang pernah...

Islam Bukan Agama Keamanan...

DAKWAAN seorang wakil rakyat dari parti pembangkang yang menggambarkan 'Islam bukan agama keamanan'...

Polis Rampas 96 Kotak Mercun Bernilai RM30,000

TELUK INTAN – Polis Hilir Perak menahan seorang lelaki berusia 28 tahun dan merampas 96 kotak mercun dianggarkan bernilai RM30,000 dalam serbuan di sebuah premis di Hutan Melintang dekat sini semalam.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak ACP Wan Hassan Wan Ahmad berkata bertindak hasil maklumat awam, sepasukan anggota polis dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) telah menyerbu premis berkenaan pada 6 petang.

“Ketika ditahan, suspek mengaku sebagai penjaga premis tersebut. Pemeriksaan lanjut juga dibuat mendapati premis itu tidak mempunyai lesen menjual bahan letupan,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Wan Hassan berkata hasil siasatan, pihaknya percaya mercun berkenaan adalah untuk pasaran tempatan dan dijual sempena perayaan Tahun Baru Cina.

“Kita percaya suspek mampu mengaut keuntungan sehingga empat kali ganda daripada nilai rampasan dengan menjual mercun terbabit,” katanya


Katanya suspek yang direman sehingga esok disiasat di bawah Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 dan jika sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM10,000 atau tujuh tahun penjara atau kedua-duanya.

Katanya lagi, rampasan bunga api itu merupakan tangkapan pertama di daerah ini pada tahun ini.

Sementara itu, Wan Hassan berharap orang ramai dapat terus memberi maklumat kepada polis sekiranya mengetahui mana-mana individu atau peniaga yang menyimpan atau memiliki mercun. – BERNAMA

Kategori