Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Jaringan Faiz Menepati Hukum...

KUALA LUMPUR - Keunikan jaringan finalis Anugerah Puskas Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA)...

242 Pegawai, Anggota Polis...

SERDANG - Seramai 242 pegawai dan anggota polis akan ditugaskan untuk mengawal keselamatan...

Trafik Lancar Di Lebuh...

KUALA LUMPUR - Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama dilaporkan lancar dan...

Video: Pemandu Myvi Kelabu...

PERBUATAN paling gila.. tidak tahu atas alasan apa seorang pemandu Perodua Myvi membahayakan...

Polis Sarawak Tahan Seorang Lelaki Kerana Catatan Dalam FB

KUCHING – Polis menahan seorang lelaki berusia 57 tahun yang disyaki mengeluarkan kenyataan fitnah terhadap Allahyarham Tan Sri Adenan Satem, Ketua Menteri Sarawak yang meninggal dunia semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ)Sarawak Datuk Dev Kumar berkata suspek ditahan pada pukul 12.05 tengah malam tadi oleh JSJ Kuching di kediamannya di RPR Landeh Kuching.

“Telefon bimbit suspek dirampas bagi tujuan siasatan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dev berkata setakat pagi ini, 13 laporan polis telah dibuat di lapan daerah polis terhadap empat pemegang akaun Facebook yang didakwa membuat catatan berbentuk fitnah dan siasatan masih berjalan.


“Kami sedang memantau laman media sosial dan tidak akan teragak-agak menahan sesiapa yang membuat catatan fitnah atau komen berbentuk hasutan terhadap Allahyarham Ketua Menteri atau sesiapapun,” katanya. – BERNAMA

Kategori