Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Pelan Strategik Pengurusan Pandemik...

PUTRAJAYA - Pelan Strategik Pengurusan Pandemik Nasional yang meliputi pengurusan pandemik termasuk wabak...

Orang Muda Jadikan Politik...

KUALA LUMPUR – Landskap politik negara diramal bakal mengalami perubahan dengan usul meminda...

Genap Sebulan Kahwin, Coco...

INSTAFAMOUS yang popular gara-gara pelat mat sallehnya, King Coco berkongsi berita gembira dengan...

Stephen Hawking Ramal Kiamat...

AHLI fizik dan kosmologi  terkenal Stephen Hawking telah menyerahkan tesis kajiannya yang meramalkan hari kiamat...

Polis Selangor Tembak Mati Anggota Geng Mamak

SHAH ALAM – Polis Selangor menembak mati seorang anggota Geng Mamak dalam kejadian berbalas tembakan di kawasan Setia Alam di sini, awal pagi tadi.

Ketua Polis Selangor, Datuk Seri Abdul Samah Mat berkata, kejadian berlaku kira-kira 4.05 pagi ketika sepasukan polis dari cawangan Jenayah Berat yang melakukan rondaan terserempak dengan kereta jenis Citra berwarna hitam dipandu lelaki itu dalam keadaan mencurigakan.

“Menyedari kehadiran polis, suspek yang memandu sendirian terus memecut kereta menyebabkan berlaku kejar mengejar sehingga akhirnya kenderaan dipandu suspek merempuh kenderaan polis berkenaan dan terbabas di Jalan Bukit Cerakah di sini.

“Ketika polis cuba menahannya lelaki berusia 53 tahun itu bertindak melepaskan beberapa das tembakan ke arah kereta polis dan sebagai tindakan mempertahankan diri, anggota polis terbabit membalas tembakan sehingga mengenai suspek,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Menurut Abdul Samah, pemeriksaan ke atas kereta suspek menemukan sepucuk pistol semiautomatik browning 9 milimeter berserta tiga butir peluru yang masih berada di dalam magazin dan pemeriksaan turut menemui tiga kesan tembakan pada kereta polis terbabit.

Tambahnya, kecederaan dialami suspek yang berasal dari Kuala Kangsar, Perak, itu hanya akan diketahui selepas selesai proses bedah siasat.

“Siasatan lanjut mendapati suspek memiliki 26 rekod kesalahan lampau termasuk dikehendaki untuk tiga kes pecah rumah, kes dadah dan kes samun.

“Kami juga percaya suspek merupakan penjenayah yang sangat dikehendaki bukan sahaja di Selangor tetapi juga di negeri lain seperti Perak dan Pulau Pinang berhubung kes-kes samun wang tunai yang baru dikeluarkan mangsa dari bank,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Abdul Samah berkata pihaknya sedang melengkapkan siasatan berhubung kejadian seorang pemandu lori dibelasah sekumpulan lelaki di tempat letak kereta kondominium Puncak Anthenaneum, Bukit Antarabangsa dekat sini, pada 14 Jan lepas, sebelum merujuk kes itu kepada pihak Timbalan Pendakwa Raya.


Seramai enam individu termasuk seorang wanita ditahan reman sehingga esok bagi membantu siasatan.

Mengenai dakwaan penglibatan suspek dalam kumpulan kongsi gelap, beliau berkata pihaknya tidak mempunyai asas kukuh berhubung perkara itu, namun tidak menolak kemungkinan suspek mengenali anggota kumpulan kongsi gelap.

Kes tersebut mendapat perhatian ramai apabila rakaman video yang tidak diketahui sumbernya menjadi tular di laman sosial yang memperlihatkan aksi beberapa lelaki membelasah mangsa yang terbaring di jalan raya selama beberapa minit.

Selain itu, Abdul Samah memberitahu pihaknya turut menyiasat sama ada suspek sama terlibat dalam kejadian berasingan memukul seorang pengawal keselamatan yang rakaman video kejadian itu turut tular di laman sosial.

Beliau dalam pada itu berkata, pihaknya juga sedang menyiasat kejadian sebuah kereta Myvi yang bertindak menghalang laluan ambulans di lorong kecemasan di Lebuh Raya Persekutuan, baru-baru ini, yang rakaman video itu tular di laman sosial.

“Kami minta pemandu kereta Myvi itu tampil bagi membantu siasatan,” katanya. – BERNAMA

Kategori