Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

TPPA: Kita Tunggu Dan...

TOKYO - Malaysia mengambil sikap "tunggu dan lihat" sebelum membuat sebarang keputusan mengenai...

12 Individu Dirakam Keterangan...

PONTIAN - Polis telah merakam keterangan 12 individu dalam siasatan yang melibatkan Timbalan...

Najib Vs Rafizi

1) Raja Andaian dan Tong KosongAku membaca satu persatu kenyataan Najib Razak dan...

Keadaan Di Nepal Selepas...

BENCANA gempa bumi di Nepal setakat ini dilaporkan telah mengorbankan seramai 7,000 penduduk...

Polis Siasat Dakwaan Bapa Ditumbuk Guru

SIMUNJAN – Bapa seorang pelajar sebuah sekolah menengah di sini mendakwa ditumbuk oleh seorang guru lelaki dalam kejadian semasa sesi pendaftaran persekolahan pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Simunjan, DSP Zamzuri Mohamad berkata sebelum kejadian, berlaku perselisihan faham antara bapa dan guru itu berhubung senarai nama untuk semakan proses pendaftaran.

Katanya hasil siasatan awal mendapati bapa pelajar tersebut tidak berpuas hati kerana senarai nama pelajar tidak dipamerkan bagi memudahkan urusan pendaftaran.

“Kejadian berlaku pada 9.30 pagi semasa sesi pendaftaran. Semasa pendaftaran, bapa pelajar itu telah ditumbuk di telinga kiri oleh seorang guru berkenaan.

“Mangsa kemudiannya membuat laporan di Balai Polis Simunjan dan dihantar ke hospital untuk menerima rawatan,” katanya ketika dihubungi.


Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana sengaja menyebabkan kecederaan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori