Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Pembunuh Along Spoon Terlepas...

PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan hari ini meminda hukuman daripada penjara sepanjang hayat kepada pemenjaraan...

Pesawat Bawa Hakim Mahkamah...

SAO PAULO - Sebuah pesawat membawa Hakim Mahkamah Agung Brazil, Teori Zavascki, yang...

“Alangkah Indah Jika PAS...

KUALA LUMPUR - "PAS patut mencuba dengan UMNO secara lebih serius. Mungkin ada...

Menara FELCRA Terpaksa Dijual

KUALA LUMPUR - FELCRA Berhad (FELCRA) mengumumkan penjualan Menara FELCRA di Jalan Semarak...

Polis Tahan 6 Orang Bersama Dadah Di Bukit Mertajam

BUKIT MERTAJAM – Polis menahan enam individu, termasuk seorang wanita, yang disyaki penagih dan merampas pelbagai jenis dadah dalam serbuan berasingan di sekitar daerah Seberang Perai Tengah (SPT), di sini Khamis.

Ketua Polis Daerah SPT ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata pihaknya menjalankan serbuan di tiga lokasi yang menjadi tempat penagih berkumpul dan menghisap dadah.

“Dalam serbuan kira-kira 1 tengah hari di sebuah pondok di Mengkuang Titi, Kubang Semang, polis menahan dua lelaki berusia 20-an dan ketika serbuan mereka cuba lari ke kawasan hutan di situ namun berjaya ditangkap.

“Pemeriksaan di pondok itu menemukan satu beg kecil mengandungi enam paket kecil dadah jenis syabu seberat 15 gram (g) dan tiga biji pil Erimin 5 dan dipercayai dua lelaki itu juga pengedar dadah kecil-kecilan di kawasan itu,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata ketika serbuan kedua pada 10 malam di Kampung Pelet di Kubang Semang pula, polis menahan seorang remaja lelaki berusia 16 tahun dan merampas satu paket syabu seberat 40g.

Nik Ros Azhan berkata remaja tersebut juga dipercayai terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah di kalangan remaja di kawasan berkenaan.

Selain itu, tiga orang, termasuk seorang wanita, berusia 28 hingga 40 tahun turut ditahan dalam serbuan di tepi Jalan Alma, Machang Bubok di sini dan polis merampas empat bungkusan plastik lutsinar mengandungi syabu.


Katanya mereka ditahan kira-kira 7 malam ketika berada di luar sebuah kereta jenis Perodua Kancil dan dipercayai sedang menjalankan urus niaga dadah.

“Polis menemukan satu beg di tengah kerusi hadapan antara pemandu dan penumpang kereta itu yang mengandungi empat bungkusan syabu dan mereka dipercayai aktif mengedar dadah di sekitar daerah SPT,” katanya.

Beliau berkata dua lelaki itu juga mempunyai rekod lampau berkaitan dadah.

“Kesemua yang ditahan itu positif dadah dan mereka kini direman bagi membantu siasatan,” katanya.- BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • dadah

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori