Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Enam Terkorban Akibat Banjir...

PORT-AU PRINCE - Sekurang-kurangnya enam maut dan lebih 8,000 kediaman rosak akibat banjir...

Wanita Cedera Parah Ditetak...

KULIM - Seorang wanita cedera parah ditetak tiga perompak bertopeng dan bersenjatakan parang...

Twitter Kini Boleh Imbas...

LAMAN mikro Twitter telah mula memperkenalkan kebolehan untuk Tweet semula Tweet anda sendiri,...

Rugi Sektor Pengangkutan Tak...

KUALA LUMPUR - Aplikasi mudah alih telefon pintar atau ‘e-hailing’ untuk mendapatkan perkhidmatan...

Polis Tahan 98 Individu Terlibat Judi Di Johor Bahru

JOHOR BAHRU – Polis menahan 98 individu dalam satu operasi besar-besaran membanteras judi termasuk nombor ekor tanpa lesen di sekitar bandar raya ini semalam.

Ketua Polis Johor Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata tangkapan itu melibatkan warga tempatan dan warga asing, termasuk pembeli nombor ekor, berusia antara 20 dan 55 tahun.

“Pada operasi yang bermula pukul 3 petang itu, polis menggempur 23 premis yang disyaki menjalankan kegiatan perjudian termasuk nombor ekor tidak berlesen.

“Kita turut merampas 65 telefon bimbit pelbagai jenama, 32 pencetak mudah alih, dua mesin kira-kira, lapan buku nota, dua pen dan satu kamera litar tertutup,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Wan Ahmad Najmuddin juga berkata pihaknya turut merampas 396 slip kertas nombor ekor serta wang tunai berjumlah RM29,225 dan dolar Singapura $1,157 yang merupakan hasil pendapatan harian penjualan judi itu.


Kesemua yang ditahan diambil tindakan mengikut Seksyen 4A(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 yang membawa hukuman penjara tidak lebih lima tahun atau denda tidak kurang RM20,000 dan tidak melebihi RM200,000, jika sabit kesalahan.

Mereka juga didapati melakukan kesalahan mengikut Seksyen 9(1) Akta Rumah Judi Terbuka yang memperuntukan denda tidak lebih RM5,000 atau penjara hingga enam bulan atau kedua-duanya.

Turut serta dalam operasi berkenaan ialah pegawai dari Jabatan Peguam Negara, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Jabatan Imigresen dan Jabatan Kastam Diraja. – BERNAMA

Kategori