Saturday, November 23, 2024

Creating liberating content

Tapak Pelupusan Sanitari Sungai...

MELAKA - Kapasiti Tapak Pelupusan Sanitari Sungai Udang di sini yang juga satu-satunya...

5 Rumah Di Flat...

PETALING JAYA – Beberapa unit rumah di blok 70 Flat Sri Sabah, Cheras...

Kebakaran Di Camden Market...

LONDON - Kebakaran di pusat tumpuan pelancongan di London, Camden Market awal pagi...

Kisah Makcik Goreng Pisang…Zakat...

KIRA-kira dua tahun lalu aku pernah menulis mengenai kepayahan sepasang suami isteri tua...

Polis Tahan Dua Lelaki Terlibat Geng Curi Motosikal

BUKIT MERTAJAM – Polis menahan dua lelaki dipercayai terlibat kegiatan curi motosikal di sekitar Seberang Perai Tengah (SPT) di lokasi berasingan semalam, kata Ketua Polis Daerah SPT ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid.

Beliau berkata suspek pertama ditahan pada 11 pagi di Kubang Semang oleh pasukan polis yang sedang menjalankan rondaan cegah jenayah.

“Suspek dan rakannya sedang menunggang motosikal apabila ditahan polis.

Semasa pemeriksaan, mereka bertindak cuba melarikan diri bagaimanapun tindakan pantas polis berjaya menahan seorang daripadanya,” katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata pemeriksaan mendapati nombor enjin dan casis motosikal itu telah dicanai dan dipercayai dicuri.

Katanya suspek berumur 22 tahun itu dan rakannya dipercayai terlibat dalam beberapa kes curi kenderaan di sekitar SPT.


Selain itu, Nik Ros Azhan berkata polis menahan seorang lagi penunggang motosikal berusia 20 tahun di Jalan Berapit, di sini kira-kira 8.30 malam disyaki anggota geng curi motosikal.

Katanya pemeriksaan mendapati nombor pendaftaran motosikal itu adalah palsu dan dilaporkan hilang di Bukit Mertajam baru-baru ini.

Kedua-dua suspek direman untuk siasatan, katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori