Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Ingatkan Dah Mati, Rupanya...

MELAKA - Orang ramai menggunakan Jalan Duyong menghala ke Bukit Katil, di sini,...

KPN Nafi Warga Malaysia...

KUALA LUMPUR - Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menafikan dakwaan...

KPSM Keningau Komited Lindungi...

KENINGAU - Koperasi Penanam Sawit Mapan (KPSM) Keningau mempelawa penanam kelapa sawit di...

Mayat Kanak-Kanak Jepun Mati...

Polis Kobe menahan seorang lelaki berusia 47 tahun semalam berikutan penemuan mayat seorang...

Polis Temui Petunjuk Baharu Kes Bekas ADUN Ditembak

KUALA TERENGGANU – Polis Terengganu menemui petunjuk baharu berhubung kes pembunuhan bekas Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alor Limbat, Alias Abdullah, 51, yang mati ditembak pada 9 Okt 2015.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Rosli Ab Rahman berkata petunjuk baharu itu diperoleh susulan kejayaan pihaknya menyelesaikan beberapa kes jenayah yang menggunakan pistol di negeri itu baru-baru ini.

“Apa yang boleh saya beritahu memang ada petunjuk baharu dan siasatan masih berjalan untuk memburu suspek dan siapakah dalang di sebalik pembunuh upahan itu.

“Memang siasatan ini mengambil masa yang agak lama berbanding kes pembunuhan yang lain kerana ia dilakukan oleh kumpulan pembunuh upahan yang sangat licik.

“Namun dengan kepakaran dan keupayaan kami serta kerjasama dengan sumber dari Bukit Aman, gerakan memburu suspek masih dijalankan dan kami sedang lakukan yang terbaik untuk selesai kes ini,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Perhimpunan Bulanan Polis Kontinjen Terengganu di sini hari ini.

Dalam kejadian 2 petang itu, Alias mati ditembak pada jarak dekat selepas didatangi oleh seorang lelaki tidak dikenali menaiki motosikal, di rumahnya di Kampung Alor Limbat, Bukit Payong, Marang selepas pulang daripada solat Jumaat.


Ditanya sama ada kematian mangsa mempunyai kaitan dengan kes pembunuhan sepupunya, Mat Jusoh Ali, 56, atau dikenali dengan panggilan Cikgu Zaki, yang mati ditembak dua bulan sebelum itu, Rosli berkata pihaknya percaya pembunuhan itu dilakukan oleh kumpulan pembunuh upahan yang sama dan didalangi orang yang sama.

“Kalau kita lihat arwah YB Alias dan arwah sepupunya, Cikgu Zaki itu terlibat dengan politik di kawasan yang sama (Marang), jadi kami percaya pembunuhan mereka berdua adalah disebabkan motif yang sama.

“Kerana lepas pembunuhan YB Alias, tiada lagi kes pembunuhan yang baharu, cuma kami memang tolak motif politik dan siasatan lebih menjurus kepada kewangan dan perniagaan,” katanya.

Arwah Cikgu Zaki yang juga bekas pesara guru itu pula maut dipercayai terkena tembakan jarak jauh di kawasan rumahnya di Kampung Padang Midin dekat sini pada 9 Ogos 2015. – BERNAMA

Kategori