Monday, January 27, 2025

Creating liberating content

Hospital Sementara 20 Katil...

KUALA LUMPUR - Kemudahan rawatan percuma di hospital sementara kendalian Pusat Pakar Perubatan...

6.6 Tan Metrik Daging...

KUALA NERUS: Satu metrik tan ayam segar dengan harga RM8.50 sekilogram (kg) pada...

Lagi Datuk Bandar Filipina...

MANILA – Seorang datuk bandar Filipina yang berada dalam senarai pegawai yang disyaki...

Zahid Sokong Portfolio Tambahan...

KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyokong...

Polis Thai Tumpas Cubaan Seludup Ganja Seberat 62kg

SUNGAI GOLOK – Polis Thailand berjaya mematahkan cubaan menyeludup masuk ganja seberat 62 kilogram ke negara itu oleh dua lelaki yang menaiki sebuah kereta dengan nombor pendaftaran Malaysia di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Sungai Golok, Kol. Kong-art Suwannakham berkata dua lelaki berkenaan meloloskan diri selepas kereta yang dinaiki mereka terbabas sebelum merempuh tiang elektrik semasa dikejar oleh polis antinarkotik Thailand.

“Pihak polis menerima maklumat perisikan mengatakan sindiket dadah akan membawa dadah menggunakan sebuah kereta yang memiliki pendaftaran Malaysia dan telah membuat sekatan jalan raya,” katanya hari ini.

Pada 12.15 tengah malam tadi, kata beliau, kereta berwarna merah itu tiba di sekatan jalan raya di Mukim Pasir Mas, Sungai Golok dan anggota polis meminta kebenaran untuk memeriksanya.


Bagaimanapun, Kong-art berkata, kereta dinaiki dua orang itu enggan mematuhi arahan supaya berhenti dan memecut kenderaan mereka.

Menurutnya, polis akan meneliti rakaman Kamera Litar Tertutup (CCTV) dalam usaha mengenal pasti kedua-dua lelaki itu. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • ganja

Kategori