Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Rabies: Penduduk Diarah Kurung...

SERIAN – Penduduk-penduduk Kampung Paon Sungai Rimu dan Kampung Paon Sungai Rimu Bakung...

Mayat Pengantin Baharu Ditemukan...

LONDON: Polis menemukan mayat seorang pengantin wanita di dalam sebuah beg pakaian berhampiran...

ATM Nafi Keluarkan Kemeja-T,...

KUALA LUMPUR - Angkatan Tentera Malaysia (ATM) nafi mengeluarkan penutup hidung dan mulut serta...

MPAJ Jalankan Aktiviti Berterusan...

KUALA LUMPUR - Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) berterusan menjalankan 'Aktiviti Kawalan Tikus'...

Polis Thailand Giat Buru Raja Dadah Malaysia

BANGKOK – Polis Diraja Thailand sedang menjejaki ‘Raja Dadah Malaysia’ selepas dua konsainan pil ‘yaba’ bernilai kira-kira RM33 juta untuk diseludup ke Malaysia bulan ini, berjaya dipintas.

Difahamkan lelaki tersebut tengah menunggu untuk menerima konsainan berjumlah 858,000 pil yaba iaitu sejenis methamphetamine, tetapi penyeludupan itu berjaya ‘dihidu’ lebih awal oleh pihak berkuasa wilayah selatan Thai.

Ini menyaksikan pasukan keselamatan negara berkenaan merampas konsainan dadah tersebut pada 16 Januari lalu di sekitar Pattani dan Songkla, lima hari kemudian, menurut pelbagai laporan media tempatan baru-baru ini.

Sumber atasan Biro Pencegahan dan Kawalan Narkotik (NSB) memberitahu, kedua-dua rampasan itu adalah saling berkaitan kerana pembeli bagi kedua-dua konsainan dadah tersebut sebenarnya adalah seorang rakyat Malaysia.

“Pembeli berkenaan dikenal pasti sebagai seorang lelaki warga Malaysia. Kami memperoleh maklumat ini selepas pihak polis tempatan berjaya menjalankan siasatan yang lebih lanjut berhubung perkara ini,” kata jurucakap polis.

Menurutnya, pihak Polis Diraja Thailand percaya bahawa kedua-dua kes ini (rampasan dadah di Pattani dan Songkla) adalah didalangi oleh satu sindiket yang sama dengan rangkaian kartel dadah antarabangsa.

Pada 19 Januari, polis menangkap seorang lelaki warga Laos, yang digelar ‘Raja Dadah ASEAN’ kerana menjadi dalang rangkaian dadah di seluruh rantau Asia Tenggara, dalam operasi di Lapangan Terbang Suvarnabhumi.

Suspek berusia 42 tahun itu dikepung polis dan ditangkap dengan disaksikan beratus-ratus pengembara sebaik sahaja tiba di lapangan terbang antarabangsa tersebut dari Phuket pada kira-kira jam 5 petang (waktu tempatan).

Setiausaha Agung Pejabat NSB, Sirinya Sithichai mendedahkan bahawa rangkaian pengedaran dadah berkenaan dipercayai berjaya menyeludup sejumlah besar dadah ke banyak negara, termasuk Malaysia dan Singapura.

“Pihak berkuasa Singapura sudah menghubungi Thailand untuk mendapatkan maklumat tentang rangkaian diketuai suspek,” katanya. Siasatan mendapati ia merupakan sumber utama bagi pengedaran bahan narkotik di ASEAN.

Media difahamkan bahawa Polis Diraja Thailand mampu mencatat ‘kejayaan besar’ dalam mengesan pergerakan licik suspek berkenaan berikutan rampasan sebanyak lima juta pil methamphetamine pada tahun lepas.


Timbalan Ketua Polis Kebangsaan Thailand, Jeneral Chalermkiat Srivorakarn berkata, penangkapan rakyat Laos itu dibuat setelah siasatan penuh mencabar dilakukan selama lima bulan terhadap rangkaian yang diketuainya.

Menurut beliau lagi, tiga rakyat Thailand, yang merupakan rakan kepada Raja Dadah ASEAN itu, berjaya dicekup dalam beberapa operasi susulan dan pihak polis turut merampas pelbagai aset serta wang daripada mereka.

Kata beliau, pihak berkuasa juga merampas sejumlah 14 bidang tanah, 14 kereta mewah, barangan aksesori daripada emas dan wang dalam mata wang baht Thai serta dolar Amerika Syarikat berjumlah 100 juta baht (RM12.8 juta).

Sementara itu, Pesuruhjaya Biro Pencegahan dan Kawalan Narkotik Thailand, Sommai Kongwisaisuk berkata rangkaian dadah diterajui warga Laos tersebut setaraf dengan rangkaian yang diketuai dua raja dadah lain.

Jelas beliau lagi, siasatan awal menunjukkan lelaki asing tersebut pernah memiliki pelbagai jenis perniagaan, termasuk dalam bidang perhotelan, kilang papan dan bisnes jual beli kereta mewah di seluruh Laos.

“Kami akan berusaha habis-habisan untuk kesan aset milik rangkaian itu yang ada kaitan dengan dadah. Kami akan selaras semua usaha untuk rampas aset berkenaan. Kami perlu sekat sumber pembiayaan mereka,” katanya.

Beliau berkata Thailand mendapat kerjasama Laos dalam operasi itu dan percaya penangkapan raja dadah itu ialah kejayaan penting dalam usaha mengekang masalah dadah di Laos dan Thailand. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori