Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

PM10: Duta Jepun Ke...

KAJANG – Duta Jepun ke Malaysia, Takahashi Katsuhiko mengucapkan tahniah kepada Pengerusi Pakatan...

Zahid ‘Simpati’ Dengan Kerajaan...

KUALA LUMPUR - Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menzahirkan 'simpati'...

Keracunan Alkohol: 13 Serbuan,...

SHAH ALAM – Polis menahan 10 pengusaha serta pekerja kedai runcit dan kedai...

“Jerebu Hilang Malam Ini...

KETUA UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Yunos yakin fenomena jerebu yang berlaku kini...

Portal FMT Minta Maaf Lapor Prof. Harvard Hina Malaysia

SELEPAS teruk dikutuk pelbagai pihak termasuk Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid sendiri, akhirnya pentadbir Free Malaysia Today (FMT) terpaksa memohon maaf secara terbuka.

Ia susulan laporan portal berita tempatan itu kononnya Profesor Lant Pritchett, dari Universiti Harvard di Amerika Syarikat (AS) mendakwa kualiti graduan Malaysia setaraf dengan pelajar sekolah menengah di benua Eropah.

Kenyataan tersebut diucapkan beliau ketika menjadi penceramah pada Forum Dasar Awam Asia 2017, dianjurkan bersama Harvard Kennedy School dan Jeffrey Cheah Institute of Southeast Asia di Subang, Selangor, Rabu lalu.

Pritchett dilapor berkata kajian terhadap graduan Indonesia dalam beberapa aspek termasuk pemikiran kreatif mendapati hasilnya hampir sama dengan pelajar yang tercicir di peringkat sekolah menengah di Denmark.

Justeru ciri-ciri sama itu juga didapati di Malaysia, menurut laporan FMT yang menjadi tular sehingga mendapat perhatian Mahdzir apabila menempelak Pritchett kerana ramai pakar terbaik dunia dilahirkan universiti negara ini.

Bagaimanapun semalam FMT menyiarkan permohonan maaf atas laporan itu dan menyatakan berlaku kesilapan pemberitaan selain menyiarkan semula penjelasan sebenar Pritchett berhubung isu kualiti graduan tersebut.

Portal FMT Minta Maaf Lapor Prof. Harvard Hina Malaysia

Berikut petikan yang disiarkan FMT:

Nota editor: Dalam artikel asal kami, bertajuk “Umpama murid sekolah menengah, profesor AS persoal graduan tempatan” kami ingin menjelaskan Prof. Pritchett tidak pernah menyatakan demikian. Kami memohon maaf atas kesilapan itu.

PETALING JAYA: Seorang penyelidik Harvard menjelaskan laporan FMT di mana beliau memetik penyelidikan di Indonesia yang mendapati tahap literasi di kalangan orang dewasa Indonesia boleh dibandingkan dengan pelajar sekolah menengah yang tercicir di Denmark, berkata komen beliau mengenai graduan tempatan disalah petik.

Prof. Lant Pritchett, yang merupakan penceramah pada Forum Dasar Awam Asia 2017, dianjurkan bersama Harvard Kennedy School dan Jeffrey Cheah Institute of Southeast Asia, berkata beliau menyebut tidak mempunyai data di Malaysia dan oleh itu kenyataannya “tidak boleh ditafsirkan sebagai berkata apa-apa mengenai Malaysia“.


“Saya tidak pernah berkata apa-apa seperti ini,” katanya dalam jawapan e-mel. Beliau berkata, data yang dibentangkan beliau adalah satu kajian mengenai Penilaian Kompetensi Dewasa Antarabangsa (PIAAC) oleh Pertubuhan bagi Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD), sekumpulan 35 negara.

FMT dalam laporannya semalam memetik Pritchett berkata beliau bimbang keadaan yang sama turut berlaku pada graduan Malaysia jika pihak sekolah gagal menyediakan pelajar untuk pendidikan peringkat universiti.

“Sebabnya kerana pelajar meninggalkan sekolah rendah tanpa menguasai mata pelajaran dan keadaan yang sama dengan menengah (pelajar sekolah). Apabila mereka sampai ke pengajian tinggi (tahap), mereka tertinggal jauh di belakang.

“Tidak ada pemahaman mendalam tentang pelajaran. Sebaliknya, ia adalah hafalan, menggunakan teori dan mengeluarkannya ketika peperiksaan,” katanya kepada FMT.

Dalam jawapan e-mel beliau, Pritchett berkata hanya memberitahu wartawan FMT beliau tidak tahu mengenai situasi di Malaysia atau sama ada skor dalam ujian global penilaian pelajar PISA adalah sama dengan Indonesia.

“(Saya berkata) seseorang perlu melakukan kajian untuk mengetahui dan saya tidak melakukannya. Saya tidak fikir ini boleh ditafsirkan secara munasabah sebagai berkata apa-apa mengenai kemahiran graduan universiti Malaysia kerana keputusan PISA hanya pada kanak-kanak berumur 15 tahun,“ katanya.

“Sebagai seorang penyelidik, saya hanya bercakap tentang apa yang saya tahu dan menggunakan dapatan daripada penyelidik yang saya percayai. Oleh demikian, saya tidak atau tidak akan berkata apa-apa mengenai graduan pengajian tinggi Malaysia.”

Kategori