Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Hong Kong Mulakan Operasi...

HONG KONG: Polis menutup ruang udara dan perairan di tenggara bandar raya itu...

Labah-Labah Hidup Ditemui Dalam...

Kisah serangga masuk dalam telinga manusia bukanlah cerita pelik namun ia sememangnya jarang...

Graduan Pergigian Jalani Penempatan...

KUALA LUMPUR - Penempatan wajib bagi semua graduan pergigian akan dikurangkan daripada dua...

Najib Cabar Lapor Polis...

ADA BERANI?...Ā  Datuk Seri Najib Tun Razak cabar Lim Guan Eng lapor polis...

PPM Tahan Suami Isteri, Rampas Bom Ikan & Dadah

SEMPORNA – Pasukan Polis Marin (PPM) Semporna menahan sepasang suami isteri dan merampas barangan dipercayai digunakan untuk membuat bom ikan, di Pulau Sipanggao, petang semalam.

Komander PPM Wilayah Empat ACP Mohamad Madun berkata kedua-dua suspek berumur 35 dan 36 tahun itu ditahan pada 4.20 petang.

“Semasa rondaan, anggota PPM terserempak perahu dalam keadaan mencurigakan dan hasil pemeriksaan ke atas perahu itu dijumpai satu botol kaca berisi baja Ammonia dan satu batu detonator berserta sumbu dipercayai sebagai bom ikan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata kedua-dua suspek itu kemudiannya dibawa ke pangkalan PPM Semporna.

Suami isteri berkenaan turut ditahan di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 susulan penemuan 100 peket ketulan hablur jernih disyaki dadah jenis syabu yang dianggarkan bernilai RM1,000 di atas perahu itu.


“Turut dijumpai dalam milikan suspek ketika ditahan ialah wang tunai RM506 yang disimpan dalam dompet,” katanya.

Beliau berkata, kesemua rampasan termasuk perahu dan enjin sangkut jenama Yamaha Enduro 15hp bernilai RM10,196. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori