DESAS-DESUS Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjong Datu semakin panas apabila difahamkan terdapat empat calon akan bertanding.
Barisan Nasional (BN) memang sudah mengesahkan akan meletak calon yang berwibawa dan diterima rakyat kawasan.
Berkemungkinan besar Parti Amanah Negara (PAN) akan meletak calon bersaing menentang calon Barisan Nasional.
Difahamkan juga calon PAN mempunyai isu yang kukuh untuk melemahkan calon Barisan Nasional.
Turut kedengaran Parti Reformasi Sarawak (STAR) tidak ketinggalan mahu mencabar parti lain yang bertanding.
Menurut sumber, STAR akan menurunkan calon yang terbaik dan dikenali penduduk kawasan serta berpengaruh. STAR mempunyai strategi tersendiri kerana meraka adalah satu-satunya parti pembangkang jati Sarawak.
Setiap kali pilihan raya diadakan, calon BEBAS pasti tidak ketinggalan meletak calon.
Calon BEBAS yang tidak berparti ini memiliki kelebihan tersendiri dengan menyuarakan beberapa isu yang dekat di hati rakyat, dan mampu menggugat calon yang lain.
Hakikatnya, PRK Tanjong Datu kali ini bakal menyaksikan pertandingan empat penjuru di mana calon yang akan bertanding mempunyai strategi yang tersendiri untuk menewaskan pesaing masing-masing.
BN yang sering memenangi N3 Tanjong Datu tidak akan berada dalam keadaan selesa setelah desas desus berkenaan ada pertandingan semakin diperkatakan oleh masyarakat setempat. – Sarawakiana