Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

2 Pemimpin Daesh Berjaya...

MANILA - Ketua Pertahanan Filipina pada Isnin berkata, dua pemimpin daesh yang mengepung...

Akui Diri Khunsa!!! –...

TAK dapat dinafikan, manusia yang dilahirkan sebagai Muslim sekali pun kadangkala tersasar dalam...

Diva AA Muat Naik...

SIAPA yang tak kenal dengan figura yang menggelar dirinya Diva AA iaitu Azwan Ali,...

SKMM Siasat Gambar Fitnah...

HULU TERENGGANU - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah memulakan siasatan berhubung...

Program Pemukiman 5 Hari Di Daerah Baharu, Bagan Datuk

IPOH – Program Pemukiman Menteri Besar Perak akan berlangsung selama lima hari bermula esok di daerah baharu, Bagan Datuk, kata Exco Pembangunan Luar Bandar, Pertanian, Perladangan, Penerangan dan Pembangunan Modal Insan negeri Datuk Saarani Mohamad.

Beliau berkata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga anggota Parlimen Bagan Datuk akan menghadiri lima program pada Jumaat dan Sabtu ini.

“Program kali ini juga akan turut disertai Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Katanya, pemukiman pada kali ini akan diadakan di Parlimen Bagan Datuk serta dua Dewan Undangan Negeri (DUN) di Rungkup dan Hutan Melintang dengan 95 program diatur bagi membolehkan rakyat bertemu pemimpin seterusnya mengutarakan masalah dihadapi.

“Daripada jumlah itu, 52 program akan diadakan di DUN Rungkup dan 43 program di DUN Hutan Melintang,” katanya.


Menurut Saarani, Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir akan menyertai masing-masing lapan program di DUN Rungkup dan di DUN Hutan Melintang manakala 76 program dihadiri Exco kerajaan negeri atau wakil-wakil Exco.

“Selain itu, tiga lagi program melibatkan Badan Amal dan Usaha Isteri Negeri Perak (Baiduri),” katanya.

Tambahnya, kerajaan negeri akan memberi fokus kepada tujuh teras dalam program ini iaitu sukan atau belia; agama dan integrasi; ekonomi, pelancongan dan kebudayaan; pendidikan, modal insan atau teknologi komunikasi maklumat; keselamatan; kelestarian alam sekitar dan sumber serta kesejahteraan rakyat. – BERNAMA

Kategori