KEBANJIRAN produk kecantikan dan juga penjagaan wanita di pasaran ternyata membuatkan persaingan bertambah hebat dalam kalangan peniaga baik secara langsung mahupun dalam talian.
Demi untuk melariskan produk masing-masing, para peniaga ‘terpaksa’ tampil dengan teknik pemasaran yang ‘luar biasa’ untuk mampu menarik perhatian pelanggan serta-merta.
Ia bertitik-tolak daripada kaedah pemasaran oleh anak perempuan pelakon veteran Normah Damanhuri iaitu Liana Rosli yang berulang-kali menimbulkan kontroversi panas dengan pelbagai video aksi lucah mempromosi jamu yang dijualnya.
Video: Anak Gelek Lucah.. Normah Damanhuri Tak Kisah?
Satu rakaman video seorang wanita dikenali sebagai Sofia lengkap berbaju kurung hitam serta bertudung merakam aksi ‘manjanya’ di dalam sebuah tandas awam menjadi sensasi sekitar pertengahan tahun lalu.
Video yang dimuat naik menerusi laman penstriman video YouTube itu memaparkan Sofia cuba mempromosikan produk penjagaan kulit dari Korea iaitu Co White yang digunakannya.
“Nak bagitahu ni… Walaupun pakai barang-barang murah macam ni saya tetap cantik sebab pakai barang Korea ni…. Saya tetap….ummm macam ni,” tuturnya sambil menepuk-nepuk pipinya yang mulus.
Malah Sofia juga dilihat bergelek beberapa kali dan cuba mempamerkan susuk tubuhnya sebelum pintu tandas itu diketuk dari luar oleh seorang lelaki.
Sofia yang terkejut dengan ketukan itu segera memberhentikan aksi manjanya itu.
Teknik pemasaran dan pengikanan seumpama ini sememangnya mendapat perhatian meluas namun sedar atau tidak ia juga turut mengundang dosa kepada si pelaku serta mereka yang terhibur melihatnya.
Jadi pesan kami kepada penjual atau pengasas produk kecantikan di luar sana supaya ‘berhati-hati’ dalam memasarkan produk masing-masing dan jangan disebabkan untuk mengaut keuntungan tetapi maruah sendiri tergadai. – MYNEWSHUB.CC