Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Penyanyi Rap Gaduh Tarik...

NEW YORK - Kalau lelaki bertumbuk, wanita pula mesti tarik rambut bila bergaduh...

Dadah RM1.37 Juta, 4...

MUAR - Polis menahan sepasang suami isteri bersama-sama dua anak mereka berserta sejumlah...

Fazura Berani ‘Naked Face’...

BINTANG sensasi, Fazura mengorak setapak lagi langkah dalam industri hiburan untuk bergelar penyanyi apabila...

2 Anggota Tentera Darat...

ALOR SETAR - Dua anggota tentera darat dari Batalion Keempat Rejimen Renjer Diraja...

Pusat Asuhan Tunas Islam Kecam Laporan FMT

KUALA LUMPUR – Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) mengecam tindakan portal berita Free Malaysia Today (FMT) menggunakan gambar pelajarnya sebagai latar berita isu ajaran sesat di pra-sekolah.

Ketua Pengarah PASTI, Mohd. Azam Abd. Samat berkata, perbuatan portal berita tersebut merupakan sebahagian daripada agenda berterusan Islamophobia oleh media berkenaan di negara ini.

“Ia jelas bercanggah dengan apa yang dijelaskan oleh Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor yang menyatakan bahawa ia merujuk kepada taska persendirian, antaranya membawa ajaran Millah Abraham yang diisytiharkan sesat dari akidah Islam pada tahun 2009.

“PASTI sebaliknya adalah entiti di bawah parti PAS yang diterima baik masyarakat serta diakui Kementerian Pendidikan di mana meliputi sekitar 10 peratus dari jumlah berdaftar pelajar pra-sekolah di negara ini,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Mohd. Azam berkata, PASTI bukan sahaja utuh berpegang kepada Ahli Sunnah Wal Jamaah, tetapi pernah menerima anugerah dan pengiktirafan peringkat kebangsaan serta menjadi pra-sekolah Islam pilihan dan paling berpengaruh.


Justeru, katanya, tindakan FMT itu bertujuan menguatkan lagi rutin penyiaran bersifat persepsi dan cubaan mewajahkan Islam dengan imej negatif dan ekstrem serta menjelaskan pihak di balik tabir mereka.

“Ia termasuk kecurangan etika dan keganasan media di mana kita yakin masyarakat Malaysia lebih mengenali PASTI dan cubaan FMT bermain api seperti itu kelak akan membakar mereka sendiri,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Kategori