KESEDERHAAN. Itu yang menjadi pilihan pasangan selebriti popular dari Korea Selatan, Rain dan Kim Tae Hee dalam mengadakan majlis pernikahan mereka baru-baru ini.
Walaupun dikatakan pasangan selebriti paling kaya di Korea Selatan, namun mereka hanya membelanjakan 1.3 juta won (RM5,000) untuk kos majlis perkahwinan dan enggan mengikut cara perkahwinan artis barat.
Sudah tentu ia sesuatu yang mengejutkan kerana ramai pihak menjangkakan sebuah majlis perkahwinan yang gilang gemilang seperti pasangan Kanye West dan Kim Kardashian yang menelan belanja sebanyak RM53 juta.
Pasangan yang bercinta selama lima tahun itu melangsungkn perkahwinan mereka pada 19 Januari lalu dalam satu upacara persendirian dan tertutup di gereja Gahoe-dong Cathedral, Seoul.
Mereka berdua dilaporkan terbang ke Bali, Indonesia pada 23 Januari lalu untuk berbulan madu di sana.
Walaupun kos majlis perkahwinan pasangan ini nampak sedikit namun timbul pula persoalan berapakah harga cincin mereka. – MYNEWSHUB.CC