Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Polis Ingatkan Parti Menang...

SUNGAI BESAR - Polis hari ini mengingatkan penyokong parti yang menang pada Pilihan...

Muhyiddin, Mukhriz Dipecat Selepas...

GERIK - Keputusan memecat Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Tun...

Mahathir Dicabar Terjah Siri...

KUALA LUMPUR- Satu artikel yang diterbitkan dalam portal BN hari ini mencabar Tun...

Polis Buru Lelaki Lakukan...

MELAKA - Polis sedang mengesan seorang lelaki yang melakukan penipuan dengan mendakwa telah...

Raja Muda Perlis Lancar Promosi Ke-6 Masakan Perlis

PHANG NGA (Selatan Thai) – Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail semalam melancarkan promosi masakan Perlis di Restoran Panyee Muteara Seafood, Pulau Panyee di sini.

Berangkat sama ialah Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil serta anakanda baginda Puteri Sharifah Khatreena Nuraniah dan Syed Sirajuddin Areeb Putra.

Majlis turut dihadiri Naib Gabenor Wilayah Phang Nga, Ekkarat Leesen.

Promosi itu adalah anjuran restoran tersebut bersempena program ‘Ziarah Mahabbah Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis’ (MAIPs) ke Wilayah Andaman dengan kerjasama Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis, Pejabat Tourism Malaysia Perlis dan Restoran Shamiza Kampung Gial, Arau.

Pulau Panyee merupakan destinasi keenam promosi tersebut dilancarkan oleh Tuanku Syed Faizuddin selepas Songkhla, Hat Yai, Satun, Krabi dan Phuket.


Antara menu yang dipromosikan ialah kurma daging Bukit Keteri, pekasam goreng Timah Tasoh, kari ketam dan nanas Sungai Baharu, ayam masak rose Wang Burma, pajeri nanas Sungai Batu Pahat serta gulai tulang dan rebung Tambun Tulang.

Baginda turut menyerahkan sumbangan YTSP Perlis sebanyak RM2,000 untuk membantu pelajar miskin di Pulau Panyee serta sumbangan RM20,000 kepada Tabung Pembinaan Sekolah Agama Panyee Darussalam.

Malam tadi bagianda melancarkan promosi sama di Hotel Twin Lotus, Nakhon Si Thammarat bersempena ‘Malam Puisi Islam’ anjuran Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) dengan kerjasama MAIPs yang dihadiri kepimpinan komuniti Islam tempatan serta Naib Gabenor Wilayah Nakon Si Thammarat, Sakon Jantarak dan Ketua Polis, Adisa Tepwan. – BERNAMA

Kategori