Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Tawar Pakej Perkahwinan Jalan...

SETIAP pasangan pastinya menginginkan sebuah majlis perkahwinan yang cukup indah dan sempurna mengikut...

Ahli UMNO Diseru Terus...

TEGUH... Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengajak seluruh ahli parti...

100,000 Rakyat Malaysia Hidap...

KUALA LUMPUR - Kira-kira 100,000 rakyat Malaysia menghidap penyakit kanser setiap tahun dan...

Makanan Basi Di R&R:...

SUSULAN aduan seorang lelaki dakwa makanan yang dibelinya di kawasan rehat dan rawat...

Rakan Artis, Peminat Segan Tegur Sejak Hijrah – Zul

PENGHIJRAHAN selebriti-selebriti tempatan baik lelaki mahupun wanita ke arah yang lebih baik merupakan sesuatu perkara yang tidak asing lagi dalam industri seni tanah air.

Penyanyi dan pelakon; Nurzul Suphia’an Sa’ban atau Zul Handy Black yang melakukan penghijrahan sejak dua tahun lalu memberitahu terdapat segelintir peminat dan rakan artis yang segan untuk bertegur sapa dengannya.

“Memang ada rakan dan peminat yang seperti segan-segan nak menyapa dan menegur setelah saya berhijrah dan tampil dengan imej baru ini.

“Saya kurang pasti kenapa, namun mungkin kerana mereka fikir saya hanya mahu bergaul dengan orang yang berpenampilan sama macam saya sahaja,” katanya menerusi Media Hiburan.

Rakan Artis, Peminat Segan Tegurnya Sejak Berhijrah

Menurut Zul, meskipun penampilannya telah berubah dan aktif di dalam aktiviti-aktiviti berunsur keagamaan namun dia tidak sama sekali akan menjauhkan diri dari orang-orang yang banyak berjasa kepadanya.

“Memang saya sudah berubah dari segi matlamat hidup, namun itu tidak bererti saya perlu menjauhi orang-orang keliling saya yang selama ini banyak menyumbang dalam hidup saya.”


Dalam pada itu, Zul yang pernah popular menerusi lagu Kau Yang Bernama Seri memberitahu peluang yang ada sebagai anak seni mahu digunakan sebaik mungkin ke jalan dakwah dan bukannya mencari populariti.

“Hijrah saya bukan nak raih populariti kerana semua itu sudah saya rasai sebelum ini.

“Cuma apabila Allah sudah memberi hidayah, saya sebolehnya mahu menggunakan populariti yang ada ini untuk berdakwah dan mengajak orang ramai untuk melakukan sesuatu yang bermanfaat untuk diri dan agama,” jelasnya yang kini bersama kumpulan As Salam Buskers.

Sumber: Media Hiburan

Kategori