Thursday, November 28, 2024

Creating liberating content

Ahli Perniagaan Mati Ditembak...

KUALA LUMPUR - Seorang ahli perniagaan yang juga pelanggan sebuah hotel mati ditembak...

Jijik….Sanggup Telan Kepala Tikus...

MENJIJIKKAN namun lelaki ini, Matthew Maloney, 25, menyifatkan tindakannya menggigit kepala seekor tikus yang...

Bunuh Rakan Baik Lepas...

BERHATI-HATI lah anda jika anda merupakan individu yang memperkenalkan rokok kepada rakan anda......

Bekas Presiden Colombia, Bolivia...

HAVANA - Cuba pada Rabu telah melarang bekas Presiden Colombia, Andres Pastrana, dan...

Ratu Sweden Dakwa Istana Diduduki Banyak Hantu

STOCKHOLM – Ratu Silvia, isteri Raja Sweden, Carl XVI Gustaf menyatakan bahawa istana kerajaan yang diduduki baginda sekeluarga sejak sekian lama itu sebenarnya dihuni dengan banyak hantu.

Pengakuan secara terbuka itu disampaikan oleh baginda sendiri menerusi sebuah filem dokumentari khas yang ditayangkan di rangkaian stesen penyiaran awam tempatan, Sveriges Television atau SVT pada 5 Januari.

Ratu Silvia dalam titahnya menjelaskan bahawa, kerabat diraja baginda terpaksa tinggal bersama-sama dengan “teman-teman kecil” di Istana Drottningholm yang didirikan di pulau khas Lovon pada abad ke-17 lalu.

“Suasananya benar-benar menarik, namun ia (hantu berkenaan) tidak pula membuatkan beta berasa takut,” titah baginda kepada pembuat dokumentari berjudul Drottningholm Palace: A Royal Home terbitan SVT.

Istana lama yang dibina di mukim Ekero berhampiran ibu kota Stockholm dan diiktiraf sebagai tapak warisan dunia UNESCO sejak 1991 itu merupakan kediaman tetap Ratu Silvia dan suaminya, Raja Carl XVI Gustaf.

“Kadang-kadang anda mungkin berasa bahawa anda memang tidak benar-benar hidup secara bersendirian di alam nyata dunia,” titah Ratu Silvia secara jujur kepada pihak penerbit dokumentari tersebut yang turut terpinga-pinga.

Baginda malah menjelaskan bahawa ‘teman-teman’ yang pada mulanya diduga sebagai makhluk halus itu sebaliknya “semua sangat ramah mesra” sekali gus bukan sebagaimana imej seram dipaparkan filem hantu Hollywood.

sweden

Puteri Christina, adinda raja Sweden, turut sepandapat dengan pengakuan yang cukup memeranjatkan oleh sang ratu berkenaan ketika diwawancara secara eksklusif sebagai sebahagian daripada dokumentari tersebut.

“Ada banyak ‘tenaga’ yang juga bersemayam sama di dalam istana klasik ini. Ia akan menjadi aneh sekiranya makhluk-makhluk ghaib itu tidak berubah rupa mereka,” kata sang puteri tersebut kepada krew SVT.


Portal berita terkenal Sweden, The Local bergurau dengan menyebut bahawa pemburu hantu amatur dan kuat semangat dipelawa mengunjungi istana berkenaan untuk cuba menguji tahap kebenaran khabar unik tersebut.

“Istana Drottningholm terbuka untuk umum sepanjang tahun, kecuali kamar-kamar yang berada di sayap selatan, yang diperuntukkan khas bagi kerabat bangsawan dan juga teman hantu mereka, mungkin,” jelas The Local.

Ratu Silvia yang berusia 73 tahun berkahwin dengan Raja Carl XVI Gustav, 40 tahun lalu dan menjadi ratu Sweden paling lama dalam sejarah. Baginda ialah puteri seorang usahawan dari Jerman yang mengahwini wanita Brazil.

Dalam bukunya berjudul The Royal Year yang terbit pada 2015, Ratu Silvia menyatakan kepada penulis bahawa baginda berasa sepi pada tahun pertama sebagai ratu dan sukar hidup di sebuah istana yang didominasi lelaki.

“Semua orang mempunyai niat yang baik. Namun semua orang seolah-olah ingin mendukung saya dan mereka pula ada di sana. Mujurlah raja begitu baik. Tetapi saya pula berasa kesepian,” titah baginda lagi dalam buku tersebut.

Ratu Silvia sebelum ini menerima rawatan di sebuah hospital menjelang sambutan Hari Krismas lalu setelah baginda mengadu mengalami pening, tetapi dibenarkan pulang dua hari kemudian. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

1 komen

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori