Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Pembunuh Bersiri Terlepas Hukuman...

CHICAGO - Seorang pembunuh bersiri mengaku bersalah di mahkamah Indiana semalam atas tuduhan...

Maybank Akan Kembangkan Aplikasi...

KUALA LUMPUR - Maybank Bhd merancang untuk mengembangkan penggunaan aplikasi yang baru dilancar,...

Kerajaan Yakin Dapat Kerjasama...

PUTRAJAYA - Kementerian Pengangkutan yakin akan mendapat kerjasama dengan pentadbiran di negeri yang...

Kedutaan Indonesia Sedia Bantu...

KUALA LUMPUR- Kedutaan Besar Indonesia di Malaysia bersedia membantu menyalurkan maklumat terutama sekali...

Remaja 13 Tahun Terpaksa Kahwini Lelaki Lembam

MOHAMMAD Ramzan tidak boleh bercakap atau mendengar dan dia mempunyai pemikiran seperti kanak-kanak meskipun sudah berusia 36 tahun.

Namun dia yang menetap di Punjab tahu, perempuan yang dikahwininya, Saima, terlalu muda baginya iaitu berusia 13 tahun.

Saima dinikah dengan lelaki itu hanya semata-mata kerana bapanya, Wazir Ahmad mahu berkahwin dengan kakak Ramzan iaitu Sabeel, untuk dijadikan sebagai isteri kedua dengan alasan mahu mendapat anak lelaki.

Ibu Saima, melahirkan semua anak perempuan dan wanita itu berharap dengan perkahwinan kedua Wazir ini, dia akan mendapat anak lelaki seperti yang diidamkannya.

Malangnya Saima yang terpaksa menjadi mangsa kerana Sabeel tidak akan berkahwin dengan Wazir sekiranya Ramzan tidak berkahwin. Sebagai pertukaran, Saima telah dinikahkan dengan Ramzan.

“Anak perempuan memeningkan kepala sebaik sahaja mereka mencapai akil baligh. Mereka tidak boleh ditinggalkan di rumah sendirian kerana bimbang berlaku aktiviti seks.

“Anak perempuan adalah satu bebanan, bukan anak lelaki kerana mereka akan menjadi ketua keluarga,’’ kata ibu Saima yang bersetuju dengan perkahwinan anak perempuannya itu.


Sementara Saima pula berkata, kakak Ramzan dan bapanya saling mencintai dan dia menjadi bahan pertukaran.

“Ya, saya takut pada bapa saya. Dia yang memutuskan siapa saya akan kahwin dan bila,’’ kata Saima yang pernah mengandung lima bulan selepas berkahwin namun mengalami keguguran.

Saima yang jarang bertentang mata dengan suaminya berkata, dia tidak pernah bergaduh dengan Ramzan dan tidak bercadang untuk meninggalkannya.

Meskipun dia mengetahui kecacatan yang dialami suaminya itu, namun sukar baginya untuk memahami apa yang diingini oleh Ramzan hinggakan anak saudara Ramzan, iaitu Haseena yang berusia 10 tahun terpaksa membantu. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori